Pages

Tuesday, 15 June 2010

check -up hari ni

husband tak kerja hari ni. cuti sebab ade appointment ngan doc. dah 2 minggu tunggu hari ni, sebab nak tahu condition baby. tapi bila tiba hari ni rasa macam ketaq lutut takut. perasaan rasa macam nak cancel jer appointment. tapi kalau saja tak nak pergi hari ni memang saya kena sekeh dengan husband sebab dia amik cuti semata-mata nak teman saya. tapi saya takut. saya takut. saya takut!

mintak-mintak semuanya ok. amin~

lepas pergi jumpa doctor akan ke kinrara jumpa contractor pasang ekon dan nak suruh clearkan rumah dan cuci sekali. next week dah nak masuk perabot. naseb baek tak payah cuci sendiri, kalau tak kesian husband saya kene buat sorang-sorang.

petang ni dia nak ke kerteh. semalaman jer. so no hal lah. tak sempat nak rindu (berlagak). tapi i tahu die akan rindu i (yakin jer). ngahaha.along teman malam ni. mak nak tido sorang? tunggu 10 tahun lagi.

semalam try masak ikan bakar yang kena tumis dulu. sebenarnya saya amik dalam internet dan saya edit. resepi asal tak tumis, tapi saya tumis.

ikan bakar + sayur cendawan ketuk serai dengan bawang putih

masa buat list barang basah suruh suami beli ikan sebab nak stim. sekali dia beli ikan bawal yang tebal sangat gemuk. nampak sungguh gebu. rasa sayang nak kukus. so saya bakar.

rempah dia agak senang dan bahan yang senang dapat kat dapor. bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, daun limau purut, cili kiring, cili api, air limau. saya blend jer semua pastu tumis.

first time buat, agak berjaya. tapi salah bajet rempah. ikan tu besar sangat. membuntal kami nak habiskan. tapi kalau nak potong dua kecik sangat. makan 3 orang ok kut. saya rasa kalau rempah tu lagi banyak melimpah macam kat kedai lagi best dan kena cair kan sikit rempah. saya buat kering sangat. tak pe, lain kali cuba lagi sebab suami suka. bila dah menepati citarasa nanti i tempek resepi.

bie, nanti beli ikan gemuk lagi~~
suka~

(i rasa barang-barang dapo i benda paling last i bawak ke rumah baru. masih dalam mood memasak)

selain puas hati tengok husband berselera makan makanan masakan sendiri, dan kepuasan memasak benda yang saya suka, benda paling pentinga adalah bila masak sendiri harga jauhhhhh lebih murah. tapi makan puas hati sebab kita masak ikut selera kita. kos kiteorang makan semalam saya rasa kurang dari RM 12.

wah siap kira kos.

masalah i bila makan kat kedai i akan compare harga bahan mentah dengan harga kat kedai. hahaha. kedekut kan. dulu sebab tak tahu harga bahan mentah i redha jer bayar food. tapi bila tahu semua pon berkira. (tenaga waiter, tukang masak dengan tukang basuh pinggan tak nak kira)=p

benda yang i selalu merungut adalah kenapa sayur kangkung dengan kailan sama harga. padahalnya kangkung jauh lebih murah. pastu portion dalam pinggan sama jer, bukan nya bila sama harga kangkung jadi banyak. mak cik-mak cik tak i sekarang?

-_-" (aaaaaaaaaa..tak nak tua sebelum usia)

ok sambung lagi.

kalau makan ikan bakar kat kedai paling murah kiteorang makan sebab saiz ikan cukup-cukup untuk dua orang adalah RM 26 kut sekali dengan sayur dan nasi. tu pon kat kuantan. sebab tu saya suka kuantan. RM 60++ pon kiteorang pernah kena 2 orang makan. tu makan kat restoran biasa-biasa jer. kiteorang tak makan tempat mahal-mahal.hehe. tapi kadang-kadang bila ke kedai tamak bila tengok menu. semua nak order. makan best. bila tengok bayar? gihihi. tapi tak delah meriah sangat menu kami order. every time makan kiteorang cukupkan syarat jer, kena ade lauk, kuah sayur. kalau rasa lapar, mungkin order dua lauk.

kadang-kadang tak per lah. tapi kalau hari-hari mahu lepas ni mak pulak yang botak. tapi kalau masak sendiri nak makan ikan bakar sampai muntah pon boleh.

panjang pulak i menceceh kan? haha. sebab ni jer entry hari ni. tak sempat nak buat entry banyak-banyak. hari ni mak buzy. jangan rindu i. i nak pergi intai baby. da~

5 comments:

mek da ©™ said...

bila masuk blog ko ni konfem aku telan air liur..eeeeeee...

~LIZA~ said...

tell the baby i said hi :D

mamalieyna said...

selamat bercheckup! balik kang smbg bebel eh..hehe..akak pun sllu gk compare2..mmg sgt2 berbaloi masak kt umah..berganda2 depa kaut untung eh..huhu..

Byzura Mj (By) said...

wauwiiiii...asam pedas portugis!!!

Lady of Leisure said...

uwaaaaa... terliur giler tengok tauuu