Pages

Tuesday, 15 June 2010

baby melompat-lompat

i dah balikkkkk. husband dah pergi kerteh.

tadi masa nurse cek bp segala jantung aku macam baru lepas exercise. bp pon naik sikit. memang bukan saja-saja kata takut. memang i takut habis.

bila nak baring lagi lah. baby dulu confirm dah tak de hb kat hospital tu jugak. so i sangat lah takut.

tapi bila scan tengok baby melompat-lompat terus excited lupa ade nurse ngan doctor dalam bilik tu selain husband.

"bie, baby melompat!"

die sangat active. and tangan melambai-lambai macam nak cakap,

" jangan risaukan saya. saya sihat. happy jer dalam perut melompat-lompat"

hiiiii. comel nya awak. bentuk dah nampak. kalau ikut babygaga.com kat atas nampak kepala masih besar. tapi tadi macam normal jer semua. macam dah betul-betul bentuk baby tapi mesti lah saiz die sangat kecik. tak sampai 4 cm pon lagi. (perut besar dengan lemak)

lepas tu dah lega. doctor cakap muka dah berseri. dan masa scan baby tu memang nampak dua-dua muka excited. normal lah saya rasa kalau first time kan?huhu. baby dulu tak sempat tengok dia gerak-gerak pon. so ni lah first time tengok and tak pernah terpikir pon dia akan bergerak melompat-lompat guling-guling macam tu. happy nya!

kalau sampai besar awak nak melompat mcm tu, kita serupa lah baby. tapi kalau nak active pon awak kena make sure masa pregnant (kalau awak perempuan la)dok diam-diam. nanti kena bedridden macam ibu awak sekarang.

heee. we love u. tolong la membesar dengan jaya nya nanti keluar jadi anak soleh/solehah. jumpa lagi next month~

ouh. tadi lepas jumpa doc. seri pergi jumpa sorang lagi doc sebab ade asthma. cek bp lagi. terus bp normal. dah hilang rasa takut.haha

5 comments:

Byzura Mj (By) said...

yeah!!! moga2 sihat2 ya puan farah

Madi @ Aed said...

wah..alhamdulillah..:D

nieda said...

tahniah farah..seronok dan teruja dengar..teringat momen terindah masa pregnantkan humaira...take care k...makan makanan berkhasiat utk u dan baby k

maya amir said...

wahhh pasti tak sabar-sabar nak jumpe baby itteww:)enjoy the moment yeah:)

PuteriKureKure said...

alhamdulillah...best kan tgk dia lompat2 tu. geram je.