Pages

Sunday, 9 May 2010

barai sudah


kenangan T_T

i ade appointment dengan customer pagi tu. macam biasa seorang isteri yang bahjet solehah bangun pagi buat breakfast untuk suami. lepas masak lebih kurang, buatkan air untuk suami. buat dalam gelas besar. pegang gelas, handphone dan sepinggan hidangan breakfast. mahu bawa ke meja. .pegang 3 benda dengan 2 tangan huh? takpe, saya terer.

tiba-tiba phone gelongsor dari tapak tangan entah macam mana terus masuk dalam air. tergamam beberapa saat. terer la sangat. begitu jer tamat riwayat phone yang sangat berjasa. 90% gambar dalam blog ni adalah jasa phone tua itu. gambar-gambar food yang hari-hari dok tayang kat blog 99% adalah jasa phone itu.

kalau gambar-gambar vain dalam bilik hotel or toilet yang ade adalah cermin besar *ehem* macam gambar di atas, 100% adalah jasa phone itu.

terus cakap kat suami yang sedang menunggu hidangan breakfast sambil berfacebook.

"bie! enset i 'tercelup' dalam air"

terus selamatkan phone. sedaya-upaya keringkan. tapi macam dah tak de harapan. dengan muka frust breakfast. lepas ni sambung usaha.

"dah tak boleh selamat dah kalau masuk air macam tu. tak pe, lepas jumpa anis kita pergi low yat"

huh??! husband i kah ini? kenapa dah berubah? kenapa tiada syarahan free?

bila pikir balik mungkin dia ade agenda tersembunyi. dah tiga generasi i menjadi pewaris tunggal henset die. kalau phone aku rosak, aku akan dapat phone die, die akan beli phone baru. kalau die dah bosan ngan phone die aku juga mengutip harta pusaka dia ni. tapi tak kesah. sebab phone dia memang lah dari dulu canggih dari i. iyo lah i student jor, die kerja.

lagi pon husband aku ni sangat menjaga barang. kalo setakat baru guna setahun tuh, barang dia macam baru beli. tapi lepas sebulan duduk kat tangan aku sure serpih kat mana-mana. haha.

so mesti kali ni pon aku lah si pewaris turun-temurun henset dia ni. aku amik henset dia masukkan aku punya sim kad sebab aku nak kene call kawan aku.

kat low yat aku tak de lah excited sangat memilih phone. sebab bukan phone aku pon kan. tibe-tibe,

"pilih lah nak yang mana. tapi dalam range harga blablabla la"

"eh? i ke?"

wuhh. dah excited di situ.

"kira hadiah pregnant. dah tak boleh mintak benda lain lepas ni"

syaitan dah menggoda.

pilih yang 8.1 mpixel tuh maghfarah!
yang tuh camera cantik boleh amik gambar cantik-cantik masuk dalam blog.
tapi slide. nanti cepat rosak. orang ganas macam ko tak boleh guna yang slide ni.
ape lagi! kalau tak nak slide SATIO lah! dah la 12 megapixel *pengsan suami aku*

dalam ghairah-ghairah membuat decision datang pulak malaikat.

hei maghfarah. ko dah la baru dapat baby seketul. baby tu tak sampai pon sebulan lagi.
dah la sekarang tengah nak masuk rumah. ingat nak bayar segala benda perabot ngan renovate tu dengan daun ke?
dah la pregnant. ingat nak ade baby tak habis banyak duit ke?

oh susah. kalau ikut nafsu, saya balik dengan sengihan yang sangat lebar sampai ke telinga. tapi kalau tak ikut nafsu sia-sia jer datang low yat. kalau setakat nak beli phone cikai beli kat kedai-kedai biasa pon harga tak beza sangat.

akhirnya!

"hurm,, (berat hati nak cakap) kalau setakat nak beli phone i, i rase u beli phone ni je lah. kalo i nak amik gambar i guna digicam."

oleh itu dengan rasmi nya sang suami dengan suka hati nya membayar phone yang harganya hanya lebih kurang 10% daripada bajet asal.

baek kan i .gahaha

kalo i sebaik ni u nak cari pompuan lain lagi i tak tahu lah. =p

tapi bila dia kuarkan duit bayar phone tu terpikir gak, betulkah keputusan aku ni? nekad ke? haha

dan dengan itu. sebarang jenis MMS di kala hendak bergosip adalah tidak dilayan.

nak tengok handphone i? kita jumpa di lain entry.

kata-kata jari,

Fabulous.farah

9 comments:

Miss Layaleya said...

baik gile.. kalau sy sure mtak blackberry.. hehehehehe..

take care ye dear^_^

mrs.spicy said...

hehe..setakat ni blackberry bukan pujaan hati..maybe sebab aku lagi suka hfon bercamera kut..=)
kalo nak online gune jer baby..hehe

Yayayanti said...

hahaha... bagus tol. klu i pown kawkaw nye ketuk. tpi ble pk lik, tindakan 2 dh ke arah istri mithali yg bertali2... hehehe... btw, tahniah ek... x sabar nk jadik mak angkat die. anak kawan2 anak i gak.. erm, send regard 2 ur hubby n remind him 2 free urselves during skul holidays coz we have big plan 4 reunion..

Dong, Dia & Azra said...

haha peristiwa masuk fon dalam air sama masa kelam kabut dalam pantang dulu. Lepas tekca Azra,tertidur, tiba2 ada message masuk, dalam lalok amik fon, baca, masukkan dalam mangkuk air sebelah katil, sambung tidur. Esok tu hasben yang jumpa. Dah la hadiah lahirkan Azra. Sampai sekarang hanya dibenarkan memakai fon cap ayam yang dah berbalut salotape lagi. Haha. Klaka.

rynas said...

huh..isteri mithali ni yg tidak meminta2 melebihi keperluan asal bagus..farah bagus hehhehe

Mimy Hamid said...

ko mmg ibu mengandung yang baik berhati mulia...heehhe dah 5 bulan ko minta bb okehhh

PuteriKureKure said...

kalau la en alang baca ni, mesti dia tabik farah toing3. hehhee~

~ As ~ said...

tu dia, skrang dah mula tak nak beli barang sbb nak smpan duit baby...ehehehe

ena said...

oi! baiknya!! terperanjat akak!!