Pages

Monday, 24 May 2010

8 minggu

weekend susah nak update blog sebab penuh dengan aktiviti berjalan dan makan. bila balik rumah dalam keadaan kenyang dan pening tido adalah pilihan yang sangat tepat. hehe

last week kesihatan berada di dalam keadaan paling tidak mengizinkan. macam sepanjang hari pening kecuali pukul 3-4 petang sihat. jadi tiada aktiviti masak-memasak.

berat badan pon turun last week. berat minggu lepas 60 lebih sahaja. turun hampir satu kilo. risau la jugak tapi mungkin jugak sebab kurang selera makan. dan hari ni dah tak risau lagi. 2 hari suami jamu makanan yang enak-enak jadi berat i sudah 62 kg. wohhoooo! (saya tak pernah rasa happy macam ni sebab berat naik. haha)

saya rasa tiada perubahan ketara sangat pada saya kecuali selera makan yang lebih kekampungan. western dan fastfood adalah sangat muak ketika ini. keinginan ade, tapi bila makan tekak menolak.

perubahan lebih banyak ketara pada husband. di mana dia loya lebih dari saya. saya jarang jer loya kecuali makan tak kena dengan selera. dia juga minggu lepas kurang menghadap nasi. dan mengalami masalah deria rasa yang kronik dimana semua makanan yang dimakan adalah kurang rasa. akibat kurang makan last week kandungan dia dah mengecik sedikit tapi weekend ni macam membesar balik dan minggu ni dia ade training dan saya sangat yakin bila training perut kandungan membesar bagaikan juara. gahahah

perasaan risau memang akan ade selagi tak lepas 12 minggu dan disebabkan itu saya tidak merancang ape-ape setakat ini.

suami sudah buat appointment dengan doc untuk check-up 3 bulan nanti walaupon bagi saya masih terlalu awal. tapi dia nak saya dengan dr. seri kali ni jadi kene booking dr seri ni awal-awal kalau tak jadi macam tahun lepas jadual dia sudah penuh. jadi sudah tiada peluang saya nak mengorat doc lelaki lepas ini. eh.

di kala bosan sambil kutuk-kutuk hidung saya dan perasan hidung beliau sangat mancung, beliau suka berangan rupa anak sendiri. tak nak cerita di sini sebab sangat kelakar. yang pasti semua pon nak ikut dia kecuali kulit dan sesetengah perkara mestilah kene ikut ibunya. gahahahahah.

eh. sudah lah update pasal 8 minggu sebelum sesi update ni di delete oleh beliau kerana macam banyak pulak aktiviti mengutuk beliau.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

0 comments: