Pages

Sunday, 16 May 2010

7 minggu 1 hari

dah 7 bulan minggu satu hari baby kami. sangat-sangat berharap 7 bulan! haha

lambat betul bergerak masa ni time orang nak suruh cepat. tak sabar nak lepas 12 minggu. selagi tak lepas hati tak tenang.

perkembangan baby tidak lah tahu. bila 8 minggu nak pergi klinik lagi. perkembangan saya, saya tahu.

semalam berat sudah 61.5 kg! wahaha. memang berkembang dengan jaya nya. tahniah! tahniah!

tapi kalau nak compare dengan first pregnancy, berat kali ni tak naik dengan dengan pesat sangat. dulu masa minggu ke 7-8 berat saya sudah 64kg. kali ni kurang pesat mungkin kesedaran sudah tinggi. dulu memang buruk lantak. sekarang buruk jugak. tapi mungkin memilih sikit compare ngan dulu semua benda depan mata aku telan.

dari segi emosi sudah stabil compare dengan awal-awal dulu asyik nak emo sahaja.

kesihatan pula morning sickness muntah-muntah setakat ni tak de. loya tapi tak sampai muntah. cuma kalau paling teruk pon pening dan rasa macam tak berpijak pada bumi. so saya kene baring sahaja. orang malas macam saya suka lah. boleh baring-baring rehat-rehat lebih.

tapi yang saya risau saya pening sepanjang hari pagi petang siang malam. takut ade masalah blood pressure. saya biasa darah rendah. tapi mintak-mintak ni hanya sebab pregnant. pening sepanjang hari, tapi tak sepanjang masa. kadang-kadang pening. dok diam sekejap nanti dia hilang. lapar pening, makan ok balik. 3 minit lepas makan pening balik. nanti 10 minit lepas tu ok balik. macam tu sepanjang hari sampai suami pon dah tak kecoh sangat dah kalau saya pening. dah biasa sangat. (selamba cakap suami kecoh. mati i kalau dia tak hiraukan aku kalau aku pening lepas ni)

perkembangan suami pula. dia semenjak dua menjak ni mengalami pening-pening dan loya. tak tahu sebab ape. orang kata suami boleh jangkit kan? bagus. bagus. susah harus lah sama-sama susah kan?

selera makan?

semenjak dua menjak ni dia agak redha apa saja yang saya masak tanpa sebarang rungutan kerana dia tahu bertapa isteri memaksa diri untuk memasak. kalau ikut hati mahu makan telur mata kicap jer hari-hari.

perkembangan perut pula. dah lama tak timbang suami sendiri. asyik timbang orang saja. tapi perut dah semakin membulat. lagi bulat dari aku. kadang-kadang ade rasa baby menendang. haha.ok.tipu. jangan percaya.

perkembangan janji. dulu dia cakap sebaik saja saya pregnant maka beliau akan berhenti rokok. tapi rasanya masih belum tertunai janji itu. masih ade sisa-sisa bau. oleh itu saya buat perjanjian dengan dia. setiap kali saya tercium bau pada badan dia, dia kene bagi RM 100 sebagai denda. dan setakat ni denda terkumpul adalah RM300. seronok juga main macam ni. tiba-tiba rasa nak cakap,

bie, hisap la rokok banyak-banyak lagi.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

7 comments:

kakakdegil said...

Farah

Happy eh
Sampai jadik 7 bulan 1 hari dah ni..
Ke 7 minggu 1 hari? Hihhih

Take care Farah

psst : tingin nak pregnant lagi. Best !

PuteriKureKure said...

7 bulan? uishh...7 minggu kot eh?

take care k. yang penting, jgn bagi perut kosong eh. cian baby.

rynas said...

mula2 mmg lambat nanti dah 5 bulan kejap jer jadi 9 bulan.

Madi @ Aed said...

behnye undang2 materialistik tuh..:p

~LIZA~ said...

banyakkan berehat :)

eynda said...

Tahniah!!! Lama akak tak jenguk blog ni rupanyer ada berita gembira....take care...jaga diri & baby elok2 tau ;-)

Nadya said...

tahniah! dlu masa mula2 preggy and belum confirm preggy ke tak.. my hubby yg lelebey mual la loya la n xmkn nasik 2 minggu..i rilek je time tu..huhu