Pages

Wednesday, 21 April 2010

suami, izin kan saya...

mengahabiskan makanan mu~

*dah selamat masuk perut baru mintak kebenaran*


ni yogurt dia. yogurt aku dah selamat di dalam perut. yogurt ini pon juga selamat di perutku.

hehe. selalu macam tu. makanan aku,aku lah yang makan. makanan dia pon aku jugak yang makan. kat rumah ni kalau beli kene berpasangan. kalau beli 3 untuk aku. makanya 3 lagi untuk dia. tapi biasanya ape yang berlaku dia akan sempat makan satu jer. 5 lagi masuk perut i. tu pon kalau 1 tu dia makan sebaik sahaja beli. kalau simpan lama-lama dalam peti alamat nya 6 tu semua masuk perut ku.

tahu mengapa? sebab nye yang duduk rumah 24 jam adalah aku. aku lah dok menengok food tu. dia balik malam jer. petang kalau balik awal sebelum makan sempat lah makan benda lain sikit. tapi kalau dah lambat terus aku hidang nasi sepinggan kenyang sampai malam.

sebab tu lah aku selalu marah dia beli kerepek. jajan. coklat. dan sewaktu dengan nya. sebab nya nanti benda-benda tu berakhir dalam perut ku jugak. mana ku tahan hari-hari dok tengok berbulan-bulan kan. bila dah tak tahan, zass akan ku makan lah kerepek ubi yang pedas berminyak-minyak tu sampai habis.

"i beli bukan suruh u makan. kalau tak nak simpan lah. kalau rasa nak makan i makan."

hallo. bila u nak makan tu? tunggu expired?

haa. tak sempat expired. wife u dah selamat telan.

aku tengok orang yang kurus-kurus ni kebanyakan memang kurang lah makan. tapi sekali makan hamik kau. penuh sepinggan. sebab tu dia nampak makan banyak tapi kurus. sebenarnya tu jer meal yang dia amik. lepas tu dia tunggu masa makan lain pulak. dah tak de makanan sampingan dah.

aku pernah jugak try buat macam tu. tapi aku ni jenis yang cepat lapar. makan lah kenyang sepinggan nasi penuh pon, lepas makan sure nak makan lagi. jadi baik aku amik kuantiti yang kecik. tapi acap kali.

aku bukan gifted macam hanis zalikha. jadi aku kene berusaha keras sikit. kadang-kadang rasa menyampah wujud juga di dalam diri. baik tak payah bagi tips kurus macam tu. hehe. tapi ade jugak yang berguna. macam makan buah sebelum makan. tu memang sunnah nabi kan. tapi nya jangan lah makan PISANG!!!

KALORI dah berapa kan. kalau aku makan pisang jawab nya tak bernasi lah aku. cari lah buah-buah bercalori rendah sikit. tapi macam dia aku ajar badan aku makan macam-macam. aku diet pon tetap makan coklat. ais cream aku tak suka jadi jarang makan. kek-kek juga kurang suka. tapi masih makan. tapi aku suka benda lembik-lembik manis-manis macam puding. tapi kuantiti yang sedikit. sebab dalam islam pon kita dituntut untuk bersederhana kan. so aku makan jer semua. tapi sikit je lah. untuk kepuasan diri.

pastu sebab aku masak sendiri aku aku boleh pilih minyak yang aku guna. kalau western aku suka guna olive oil. kalau masakan melayu guna olive oil rasa pelik. adakah ini mind set sahaja? so aku tumis pakai canola oil. kalau menumis pulak cukup-cukup jer bagi bawang tu naik bau. tak delah melebih-lebih. tapi aku tak delah guna tips the biggest loser. spray saja minyak. yang penting bagi aku sederhana.

butter pulak memang aku haramkan wujud dalam peti aku. bialah orang cakap butter tuh bagi lemak-lemak sedap makanan pon. margarine pon lemak jugak. hehe. so, semua benda berkaitan butter aku ganti margerine. sebab bagi aku dia lagi ok. lemak sayur. butter lemak haiwan. hehe. dan aku kurangkan penggunaan santan dalam makanan. bukan tak makan terus. kalau teringin tu masak la jugak tapi jarang lah.

semua sederhana. sebab tu lah badan i pon sederhana jer. idok ler gemuk bebeno. idok lah kurus bebeno. gihihihi.

lepas tu breakfast wajib lah aku amik. sebab nya deria pertama yang berfungsi bila aku bangun tido adalah lapar. jadi lepas semayang subuh or lepas hai-hai bye-bye suami. terus shake. kalau tak perut berdondang sayang. untuk suami pon aku akan pasti kan dia shake. tapi kalau lambat bangun minum milo pon jadi lah. buat dia alas perut. shake tak memerlukan masa yang lama sebenarnya. nak minum shake tu yang lama sikit. milo senang la sikit.

ya allah..panjang pulak aku merapu. nak mintak kebenaran makan yogurt je pon~

tapi i tahu jawapan standard u,

' i dengan bini dok kiro mano"

kan??

guna yogurt buat breafast sebab macam nak makan benda pekat masam manis berbuah.=p

sonang jer, shake macam biasa. pastu tuang yogurt. tak blend yogurt ni, sebab tak nak bagi beri-beri ni hancur. sedap di kunyah. guna perasa vanilla.

*adeh. tak sedar serbuk lada ade di situ*

walaupon suka rasa-rasa spicy, dalam minuman manis masam bercream dan beryogurt idok lah rase nak tambah serbuk lada. sila jangan salah faham dengan gambar. itu hanya kesalahan seorang suri rumah yang lepas masak tak reti nak simpan balik di tempat asal.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah


3 comments:

~ As ~ said...

laki aku pun agak kurus..tp sekali makan banyaknyer... aku makan sikit tp sikit2 makan..ahahaha...

mrs.spicy said...

huhuhu...same lah kita!=p

Byzura Mj (By) said...

aku ingat ko letak serbu lada tadi ^_^