puding caramel

puding caramel paling gebus yang pernah di hasilkan. resepi yang baik haruslah di kongsi bersama.

resepi ni di google. lepas tu di modifikasi mengikut keperluan dan ke-availability bahan . macam biasa. modifikasi resepi adalah hobi saya.

lembut dan tidak berlubang-lubang ciri-ciri puding caramel pujaan hati saya.

cara tak nak bagi pudding ni berlubang-lubang senang sahaja. letak tepung kastard sikit dalam mana-mana resepi yang kamu google. memang terbukti berkesan. tapi kalau suka pudding berlubang-lubang tu tak payah la letak. tapi bagi aku kalo berlubang tak cantik. rasa sama saja. yang penting rupa. hehe lagi pon tambah tepung custard dia makin gebus.

puding 2 orang makan siap~

aku terus type resepi kat dapur sebab takut lupa resepi. resepi ni dah perfect bagi aku. tak payah di modifikasi dah. resepi di dapur saya.

buat sikit jer. muat-muat puding ni terbalikkan dalam piring. rasa comel pulak buat pudding kecik-kecik ni. lagi pon kalau buat banyak nanti makan pon banyak. hehe.

suami mintak cream puff sebenarnya. tapi cream puff tu leceh la. kene timbang-timbang segala. yang ni takpo. campak-campak, then blend sajor. tak perlu nak timbang-timbang. part yang agak leceh adalah buat gula hangus jer. semalam aku buat dua kali dua hangus. cubaan pertama keterlaluan pulak hangusnya. sampai bau pon dah pahit. tu belum rasa. hehe. membazir gula dua sudu.=p

kata-kata jari,

Fabulous.Farah


You Might Also Like

9 comments