Pages

Saturday, 17 April 2010

perempuan gigih takde kerja

gigih ke buat pencicah? aku rasa gigih sebab kalau beli lagi senang sebenarnya. hehe

pencicah ni adalah antara barang yang wajib ade kat dapor la. sebab kami berdua orang pantai timur. stock keropok keping memang tak pernah putus. tapi kalau cicah keropok keping, aku lagi suka pencicah yang di beli kat kelantan. jenama Ummi. sebab dia lagi rasa garlic. *woh. garlic hanya. bawang putih sudey*

kalau keropok lekor mestilah nak yang pencicah keropok lekor tuh. yang pekat. yang hitam. yang manis. yang pedas.

selalu kalau pergi makan kedai tepi-tepi pantai. mesti aku akan pilih kedai yang pencicah nya terbaik. mahu yang pedas, manis dan lebih rasa bawang putih.

stock pencicah keropok lekor kat rumah aku dah tak banyak dan mak cik jual keropok tu pulak lupa nak bagi pencicah. so inilah masa nak ber-experiment nk buat pencicah sendiri. ape susah! GOOGLE ade~

re-fill dalam botol pencicah feveret. dan botol paste tomyam kegemaran.

resepi disini *tak update lagi*=p

aku punya version bila di compare dengan yang beli punya

-buat sendiri lebihkan bawang putih, dah kata pon suka yang versi bawang putih banyak kan.

-aku punya pencicah kurang manis. tapi sebenarnya dah banyak giler aku tambah gula. dah la campur gula melaka lagi nak kasi hitam kan. so cuba korang bayangkan pencicah yang dibeli tu berapa sudu la gamaknye gula yang die letak. yang aku beli tu macam dua kali ganda manis dari yang aku buat. aku dah tak sanggup nak tambah gula. masak sendiri baru tahu betapa banyak nye aku dah telan gula selama ni bila makan pencicah ni.ngahaha. tapi suami cakap takpe tak manis sangat.buat kempen kurangkan gula.

-aku punya pencicah pedas sikit dari yang beli. mungkin sebab aku guna cili kering yang saiz kecik-kecik tu.

-aku tak letak belacan. saja tak nak kasi hidung makin besar.

-masa aku google resepi asal letak asam jawa. pastu aku tanya mak aku biasa kat kedai dia letak cuka. baru wangi. so, aku tambah asam jawa dengan cuka. haha!

-pastu kalau google banyak letak bahan perisa aka ajinamoto. umah mak tak dak ajinamoto. lagipon tak mengamalkan pemakanan ajinamoto. jadi skip. tak dak ajinamoto pon sedap jugak. ke guane?=p



enak dimakan dengan keropok lekor

dan jugak 'jepuk malah' aka cucur ikan bilis dengan kangkung dan carrot.

in case ade yang tak percaya perempuan ni segigih ini =p

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

15 comments:

kerel said...

wah i pon ader lam blog list ~ =^__^=

btw, saye sokong 100persen
cicah buat sendri adelah terbayek~
aku pon kalau kat umah mmg buat sendiri la cecah ni... baru puas ati :D
but normally utk kepok leko, beli je kat kedai yg jual tu... hahaha ~
mari beli kepok sukaramai baturakit ~ :P

mek da ©™ said...

bagus mung wehh..ee

gee ryder said...

bila nk pindah farah?
tnb tgh sibuk menjalankn kerjenye hehe

mrs.spicy said...

kerel: dah lama ade laaaaa..isk2

mrs.spicy said...

gee: kiteorang lambat lagi kut..tapi hati dah meronta2 nak masuk ni..ish

mrs.spicy said...

gee: kiteorang lambat lagi kut..tapi hati dah meronta2 nak masuk ni..ish

mrs.spicy said...

mcda: untuk orang yang terlebih masa free saja! =p

ZACK ENTRY said...

nampak sedap..meleleh air liuk..=P

Miss Layaleya said...

sgt gigih kamoo.. osmate saya pn suka buat sendiri pencicah tu... bleh buat ikut taste sdiri..

Madi @ Aed said...

send to my setinggan house pliss..:p

mrs.spicy said...

long, meh sini!

mrs.spicy said...

tu lah..puas hati masak sendiri

mrs.spicy said...

zack: memang sedap=p

eynda said...

Sangat rajin sebab gigih buat sendiri :-D

ena said...

nanti ko da pindah kinrara mas, sila call akak yer... akak datang bawak botol kosong...nak suh ko buatkan pencicah ni.. hahaha