Pages

Saturday, 17 April 2010

mari membiasakan diri menjadi suri rumah

memandangkan along dah nak kahwin tak lama lagi, jadi haruslah meluangkan masa semaksimum mungkin dengan dia selagi dia masih berdara. ngahaha. dah jadi bini orang nanti susah la sikit kut. nanti asyik nak ke johor jer.=p

ni dinner semalam.

konon-konon merancang nak masak ikan kukus semalam. tapi cancel sebabnya sampai rumah pukul 6 lebih. dah la sembahyang asar pon belum. jadi masak yang simple-simple sajor.

lagipon i tahu hari jumaat masa lunch sure u membaham nasi beriani kan. jadi malam makan bihun je lah=p

*sesi membuang rasa bersalah*

kiteorang keluar rumah dar pukul 12.30 tengahari. tak sedar pulak masa berlalu dengan begitu pantas. ceh.skema ayat.

okeh. kembali kepada cerita. mari mengajar seorang anak dara menjadi tidak dara. eh.

mula-mula amik troli

*amaran: sila jangan buat muka bosan macam ni, beli groceries adalah benda paling best sebab kaum suami terpaksa redha walupon habis beratus-ratus*

lepas tu ikut saja tips dibawah:

1. beli benda yang dalam list sahaja untuk elak over budget

2. cari benda yang murah. murah. murah. promosi. promosi. promosi.
-sebabnya beza sen-sen yang tak seberapa tu akan memberi beza yang banyak bila kira-kira semua dalam bil nanti.

tapi,

bukan semua benda murah kene beli. yang penting beli yang kita suka dan biasa guna. tapi beli masa ade promotion. dah banyak kali beli sebab murah punya pasal akhirnya tak guna. membazir jugak

3. nak yang fresh. fresh. fresh.

4. barang berpacket. baca lah lebel ikut yang kamu mahu. nak low fat ke, low salt ke. low sugar ke. yang pasti halal.

5.untuk benda tahan lama.beli banyak takpe. sebab kalau beli banyak biasa murah.

6. beli refill kalau ade benda boleh refill. sun light pon ade refill sekarang.

itu sahaja yang perlu di ingat semasa beli groceries. wahahaha. kedekut.

sangat surirumah

*mengeluh*

ayamak. blurr sudah.

ini bukan muka suri rumah. ni muka kanak-kanak ikut ibunya shopping. isk.sesi pelajaran kurang berjaya nampak nya.

ape yang berlaku semalam:

1.along saya sangat tak suka dok tempat barang basah. gahaha. busuk katanya. ape mahu buat. terpaksalah. mana ade orang jual ikan kat rak-rak jual coklat.

2. disebabkan suami saya tak ikut. buat kali pertama aku terpaksa pegang ikan dengan tangan sendiri. T_T biasa tunjuk-tunjuk jer suami amik. sebab aku tak suka mengotorkan tangan pegang ikan walaupon lepas tu boleh basuh.

3. along jadi pengganti suami tolak troli. dah la tu kurus. makin kurus la nanti. mak cik yang berbadan 'sasa' ni tetap pemalas.

lagi senang hati shopping barang dapor dengan along dari dengan suami. sebab boleh pilih main-main sampai terbabas masa. ngehehe

long, lain kali buat lagi. tapi bukan barang dapor lah. kita buat benda yang remaja sikit macam biasa.=p

owh. kami keluar bukan beli groceries jer. masih juga ade aktiviti normal ronggeng kami. saya masih maghfarah adik madihah yang normal =p

kata-kata jari,

11 comments:

rynas said...

wah suka memasak ekk...sedap ygk masakan Farah kt blog.

alyyani said...

bila along u kawen? along i kawen hujung tahun ni. :D lama nye tak bershopping groceries ni. da seminggu dok umah dapo masih tak berasap lg. ekekek..

mrs.spicy said...

rynas: yang penting rupa=p

mrs.spicy said...

alyyayi: hujung bulan 9..=) ngan baby 2 orang mesti susah nak masak kan..

Lady of Leisure said...

weekend ni i nak kene soping groceries la pulak hehehe nak mula memasak...
:D

Madi @ Aed said...

tunjuk purse baru ke teww..hee

mrs.spicy said...

euwww..jangan lah..malu=p

mrs.spicy said...

lay: i suka tengok masakan u...cantik

eynda said...

Sangat suka time beli groceries....rasa macam hypermarket tu saya yg punya ahahaha...

mrs.spicy said...

kak eynda: kan..hahah=p

PuteriKureKure said...

oh. dah lama tak shopping barang dapur. sejak dok umah ibu ni, just hulur duit kat ibu je. sebab ibu kite suka shopping groceries. besides, dia yang masak. hehehe~