makanan di terengganu yang saya nak elak..boleh ke?

reason yang sebenar-benar mengapa aku tak suka makan makanan kedai sebab susah betul nak jumpa makanan yang sihat. sup pon berminyak bangat. kalau masak sendiri semestinya kita kontrol kualiti makanan. minyak pon pilih yang sihat untuk menyedapkan hati. pastu kalau menumis pon takdelah guna minyak sampai secawan. amik syarat sahaja.

selain dari itu di terengganu ni maknan breakfast sangat lah heaven. gerai-gerai yang jual makanan-makanan ini sangat banyak belambak di tepi-tepi jalan. kamu nak makan ape?

nasi lemak?

nasi dagang?

nasi minyak?

pulut kuning pon boleh makan hari-hari tau!

owh.dugaan.

*pesanan tambahan: sapa tahu tempat jual nasi minyak sedap kat area ipoh perak? maksu saya yang dok di ipoh sedang pregnant mengidam nasi minyak terengganu. kesian dia. saya nak post kang sampai-sampai basi pulak*


ni makanan breakfast di kala insaf. dan insafnya sangatlah jarang bila makanan yang lagi menarik terhidangkan didepan mata.

dugaan 1

dugaan 2

dugaan 3

dugaan 4

tak cerita lagi pasal makanan goreng-goreng. keropok lekor ni kalau saya tak cari pon suami akan bawak balik hari-hari bila die balik kerja.

sotong goreng tepi pantai?

fishball?

seafood?

ouh..saya suka benda goreng-goreng. lemak semua tuh! lagipon kali ni dah tak boleh makan sebab kene pantang tunggu batuk hilang baru boleh makan balik.

ini air jagung terbaik dari ladang. ade ice-cream jugak dalam tu, juga terpaksa dilupakan seketika

dan jangan pergi Mesra Mall kalu buntu tak tahu nak makan kat mana. sebabnya nanti berakhir dengan makan fastfood.



mari kita mogok makanan-makanan ini.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

You Might Also Like

20 comments