Pages

Tuesday, 27 April 2010

internet saya dah siput

sudah exceeded kepenggunaan nya. asal akhir bulan jer masalah ni timbul. bie, mungkin kah ini masanya kita upgrade. sekarang rumah kita ade internet curifree. kadang-kadang tak guna pon broadband ni. tapi masih jugak exceed.

semalam hari malas saya. teringin nak makan puding. tapi tak de idea nak masak puding ape. habis nya tak masak pape. pastu nak masak lauk pon rasa malas. tapi dah janji ngan suami berzaman-zaman dah nak masak ikan kukus, terpaksa jugak masak ikan kukus semalam. kalau biar ikan lama-lama nanti tak fresh. akibat masak tak de keikhlasan di campur dengan rasa malas. ikan kukus tak cukup rasa semalam. tawar kata suami. hehe. ye lah. ikan kukus kurang kasih sayang.

ikan kukus kurang kasih sayang

pastu aku goreng telur. ingatkan nak buat telur bungkus. lepas tu goreng sayur. tapi lepas goreng telur rasa malas nak goreng sayur dah. tapi sayur dah siap potong. so instead of letak mix veggie dalam telur bungkus, aku letak sayur-mayur yang sudah di hiris itu. cendawan. carrot, sawi, dan brokoli. hehehe

sampai melimpah ruah sayur

senang kerja i kan? dish telur bungkus dan sayur goreng tuh dah bersatu.

semlam ade accident kat highway, jadi nya suami saya stuck dalam jem. lambat balik. penat i tunggu. se sementara tunggu dia. mari amik gambar food.

telur bungkus 1

telur bungkus 2

hari ni nak masak ape yer? rasa macam malas nak masak jugak lah. tapi tak tahu lah. masih awal pagi. awal pagi ke? dah nak kul 11. goreng-goreng boleh bie? ngehehe

malas. malas. malas.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

12 comments:

Byzura Mj (By) said...

beb, buat ikan stim limau.tummy! eh yummy!!

~LIZA~ said...

farah, try la bukak restoran 1 day. confirm i jadi customer :D

honeylanz said...

ok tu farah pelbagaikan menu. has ni dah muak masak tomyam. ac tu kalu boleh hari2 mau tomyam, cuma tukar2 isi aja...fishball, fishcake, ayam, udang @ sotong!!! help me :D

mrs.spicy said...

bai,sepatutnya tu stim limau..=p, tapi limau jer rasa. garam tak rasa sangat..haha

terkedekut garam pulak semalam

mrs.spicy said...

liza, cite2 i tuh..tapi i berangan nak dok kat counter jer..tukang masak orang lain lah..hehehe

Qimie said...

seronok sungguh hidop.. ari2 dpt masak utk hubby! jeles jeles jeles!

mamalieyna said...

menarik masakan2 farah ni..akak tgk pun tertarik nak makan juge!

PuteriKureKure said...

goreng cendawan, goreng pisang, goreng cempedak...sedap ooh!

hehehe~

mrs.spicy said...

aka: macam biasa, yang penting rupa. rasa lain cerita. gahahah

mrs.spicy said...

qimie: u pon boleh bila jumpa husband..jumpa jarang2 lagi special tau

mrs.spicy said...

has: tu lah..kadang2 bosan masak benda sama..husband farah pon suka menu sama jer.kadang2 boleh la try benda baru

mrs.spicy said...

intan: suka goreng2 jugak..sedap oh!