Pages

Friday, 23 April 2010

bihun hailam

ni guna bihun. tapi nak ganti ngan mee lain pon boleh jugak. guna spaghetti angle hair tu pon sodap~

bihun hailam

(untuk 2 orang makan)

bahan-bahan:

bihun yang di celur untuk 2 orang makan

kuah:

5-10 biji cili kering-blend
4 ulas bawang putih-blend

campuran sos:
sos tiram
sos tomato
kicap (saya guna kicap manis dan masin, campur. kalu ade kicap pekat lagi bagus)
lada hitam
lada sulah
2,3 titik minyak bijan *
sos nampla aka sos ikan *

*optional

10 ekor udang
2 mug air masak
sayur-sayuran: sawi 2 pokok, daun kubis 2 helai, carrot setengah batang, cendawan, tomato sebijik.

nak pekat kan kuah (bancuhan tepung jagung 1/2sudu teh)

cara:
1. tumis bawang dan lada kering di blend sampai naik bau.
2. masukkan air dan campuran sos, kicap dan lada hitam, lada sulah.

* memandangkan saya kalau masak sesuka hati jer taruk sampai cukup rasa, jadi korang bajet lah. yang penting rasa lada sulah tu. sos tomato letak sikit jer dalam 2 sudu besar. sos tiram biar rasa. kicap pon secukup rasa. serbuk lada hitam aku letak dalam setengah sudu teh. lada sulah tu kalau suka pedas menyengat hidung letak banyak-banyak.tambah lah garam gula sikit kalau rasa tak cukup.

*hikk.baek tayah bagi resepi kan. nanti masak lain kali. ukur siap-siap yer. sori=p

3. masukkan udang.
4. masukkan sayur mayur.
5. try sesedap rasa. biar rasa dia kuat sikit sebab nak makan ngan bihun nanti tawar.
6. nak pekat campur dengan bancuhan tepung jagung akhir sekali

cadangan hidangan

boleh makan dengan telur mata biasa jer, tak pon rebus telur separuh masak.

begini.

selamat mencuba~

3 comments:

eira eixora said...

farahhhhh, banyak nye blog farah =)

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

nyam2 sedapnyer...nak tikit leh

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

sedappppppppppp