Pages

Tuesday, 13 April 2010

berperang dengan kucing

kawasan rumah aku ni ade seekor kucing yang warna sangat-sangat hitam suka melawat rumah aku. tapi dia wujud di malam hari jer. horror tak? horror tak? hehe..naseb baek die ade bell pink kat leher. so aku tahu itu memang kucing. dan kucing itu mungkin ade tuan.

tapi semalam kucing tu datang melawat siang-siang hari. mula-mula masa aku keluar dari bilik air aku tengok die keluar dari bilik aku. haih. kurang asam! suka suki jer masuk bilik tido aku.

aku siang-siang memang suka buka sliding door luas-luas biar masuk semua angin. memang bahaya la jugak kalau pikir sebab kadang-kadang aku 'tertido' pon tak tutup. dah la rumah takde grill. tapi aku ade perasaan selamat dok rumah ni walaupon kawasan sunyi sepi.

pastu masa aku dok tengok tv. dengan selambernya kucing hitam tu bawak anak dia kat mulut terus menonong masuk bilik aku. hamboih! mungkin dia masuk first tu nak survey tempat.

anak kucing tu sangat kecik lagi. aku geli baby-baby kucing ni. stand by penyapu kat tangan pergi cari kucing dalam bilik. dia masuk tempat kotak kasut. bila aku kuis-kuis ibu die keluar tinggal anak die! adeh. aku lah kene setelkan anak die ni. dalam geli-geli tu ngan kotak-kotak kasut aku angkut letak luar rumah. geli mak nak pegang anak die tuh.


geli-geli pon boleh lagi snap gambar

lepas tu aku tutup sliding door. sambung tengok tv. (giler pemalas perempuan ni. kerja tengok tv jer) beberapa minit kemudia aku intai kucing tu dah takde. ibu die dah amik kut.

bila suami balik aku bukak pintu depan pulak. lepas tu kucing tu buat cubaan nak masuk rumah lagi. berperang dengan suami aku pulak.hahaha. ade suami mak tak layan lah ko kucing. ko berperang lah ngan suami mak. mak buzy masak masa tuh.

menu malam ini.

nasi goreng kampung suami

nasi goreng kampung aku

nasi goreng kampung tanpa kangkung memang akan rasa macam kurang sesuatu. tapi kalau suami cakap sedap siap curi lagi nasi dalam pinggan aku tuh kira ok lah tuh~

aku beria nak kosongkan peti ingatkan nak dok kerteh lama. rupa-rupanya hari khamis dah balik. tak jadi lah nak angkut dapor. tak berbaloi kalau setakat nak dok 2-3 hari.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

4 comments:

KV said...

akak tak geli kucing tapi malas nak memelihara. Hehe

mamalieyna said...

weei comeinya kucin tu..i like! hehe..tp tok kose nak bela kucing dh skrg ni..tp sgt suka kucing! ^_^

waah lawa la masakan farah ni, teruja akak nk rase..hehe..sodap la tu..

Ieda Al-Habsyi said...

farah, comel la anak kucing tu, hehehe :)

mrs.spicy said...

kv:kucing bear farah xgeli..kalau besar geli sket..hehe

kak ieyna: yang penting rupa..hahahaha

ieda: kucing kampung jer tuh=)