Pages

Tuesday, 13 April 2010

az-zahrah sucks

*maafkan bahasa saya*

tapi aku hampir nak mati sebab az-zahrah hari ni. kalau aku mati suami aku saman ko berjuta-juta. jadi duda kaya suami aku nanti.

tengok gambar entry di bawah bak kata kakak aku, hari ni aku sungguh sememeh(macam hari-hari lain tak sememeh jer).muka pucat lesi muka pon tak sure basuh ke tak. gagaga. mengapa mata macam juling? hurrmm..

pukul 2 pagi semalam tersedar sebab athma. dah berbulan-bulan tak athma, ingatkan dah hilang dari dunia. rupanya wujud lagi. hampes. tapi tahan jer sebab ingat boleh hilang sendiri, pagi tadi bila tak tahan sangat terpaksa jugak pergi klinik.

sampai kat az-zahrah masuk emergency room. lama giler dowh aku tunggu dalam tuh. aku ni nak bernafas pon dah tak boleh. rasa macam nak tulis surat wasiat time-time tu jugak. suami dah resah gelisah dok panggil doktor sorang pon tak datang. hampes. sorang dok sibuk nak balik. shift dah habis. sorang dok mekap dalam bilik. giler kau. ade pesakit nak mati ni dalam emergency room. ikhlas ke tak nak jadi doktor??

suami aku punyalah dia bekejar-kejar bawak kereta sampai traffic light merah pon die menyumpah, sampai hospital kene tunggu doktor mekap la pulak kan!

pastu suami aku dah hilang sabar, keluar dari az-zahrah pergi an-nur. naseb baek dekat! kalo tak mahu aku mati tengah jalan sebab aku memang bernafas hujung-hujung jer. nak tarik nafas pon dah boleh.

sampai an-nur sebab nurse tengok aku tinggal nyawa-nyawa ikan dia cek aku punya oksigen. die cakap,

'isk..oksigen tak ok ni..tak cukup oksigen'

aku dalam hati..' cik..sayo ni nok nnaffas pong xleh ni. nk ado oksigen kok celoh mano?'

hoho, emosi dalam hati jer. nak bercakap pon tak mampu.

lepas kene nebulizer sedas ok lah sikit. tapi belum hilang sepenuhnya. tunggu luar, nak jumpa doktor.

haaa..bila aku dah boleh bernafas macam ni. ko nak suruh aku tunggu sejam pon tak pelah. lepas jumpa doktor amik sedas lagi sebab athma kuat lagi. amik dua das pon tak hilang lagi athma. doctor suruh datang lagi kul 12 tengahari. semestinya tak bolehlah sebab kiteorang dah nak pergi kerteh ni. doktor bekalkan ubat jer. balik rumah amik-amik barang terus cekedout ke kerteh. habis dua ratus macam tu jer hari ni. dah la an-nur bukan panel. idok lah tahu boleh claim ke tak.

sebab tu lah muka aku sememeh macam tu. muka tak tido dari pukul 2 pagi. dan muka overdose amik ubat.

dalam kereta aku pening giler. muntah dalam kereta dua tiga kali. terus pengsan.tu aku amik gambar masa 2,3 minit sebelum muntah. masa muntah 'baby' ade atas riba. cepat-cepat aku suruh husband yang tengah drive selamat kan 'baby' aku. baby tu penting.

bila sakit macam ni aku rasa macam hopeless giler. kerja aku ni reti menyusahkan suami jer. aku sedih sebenarnya bila kene menyusahkan dia macam ni. haih. syahdu sekejap.

i'm sorry b..

haih. sudah lah. aku dah dah kat awana ni. doakan aku cepat sembuh. aku tak suka kalau aku athma. sebab aku kalau athma bukan jenis manja-manja tuh. terus yang teruk.

aku benci

sabar maghfarah. dugaan allah tu. semalam kan dia dah bagi ko baby seketul. hari ni dia nak ko susah sikit jer.

suami tinggal aku kat awana terus dia pergi ofis.tinggallah aku terkontang kanting di sini.

kata-kata jari,

fabulous.Farah

26 comments:

Madi @ Aed said...

x suke tgk u lelos..i pong jd mcm nk lelos gop..huhhu

honeylanz said...

athma mmg dtg mengejut kan... suspens la gitu..mmg kn standby inhaler la...

mrs.spicy said...

has:farah kalau dah athma inhaler pon tak jalan..kesudahan nya ke hospital jugak..huhu

mrs.spicy said...

along:huhuhu..doh u pon seduk jugok lah..ngahaha

Ieda Al-Habsyi said...

ooo..farah ada asma, ciannyer...hampeh je doktor2 tu, ko jaga kesihatan, risau pulak aku baca entry ko ni, take care dear :)

KV said...

jaga diri bebaik k.

kerel said...

syafakillah...

PuteriKureKure said...

awak take care k. ciannyeee....

Gee Carmen said...

eishh.. bahaya tu!
apepun jaga diri k...

goblogbyfarah said...

saya boleh jadi asma bila tgk mak kena asma. bahaya betul!

nieda said...

salam ziarah,
moga cepat sembuh. hanya org yang ada athma jer tau..saya dah lama x kena, harap2 janganlah..

Halmey @ Berg said...

ish2..bahaya giler..
jaga asma n az-zahrah baik2 yer..hikss..

notty said...

haish..mmg asma ni kalu dh smpai tahap teruk dia..mmg terukk..adik laki aku dulu pon..x main dah inhaler2 ni..terus ke hospital..tp masa dia kecik2 la..dh besor ni..x pernah dgr lagi kena serang lelah..

eim said...

take care farah

mrs.spicy said...

kerel: dok pahang lah..arab buleh c jah

mrs.spicy said...

kv: baik!=p

mrs.spicy said...

ieda: tq=)

mrs.spicy said...

nieda: tq

mrs.spicy said...

gee: tq~

mrs.spicy said...

pkk: dah ok dah.tq=)

mrs.spicy said...

kak iem: tq yer..hehe

mrs.spicy said...

notty, mase baby2 lagi teruk..macam everyweek leloh..sekarang ni sekali sebulan jer..huhu

mrs.spicy said...

abang long: caner nak jaga az-zahrah! i tak suke..hehehe

ederq said...

kesiannya. hope u r ok now. teringat dulu adik2 i masa kecil semua astma. kalau da kena malam2 tu mmg kelam kabut semua org. pg hospital. huhu alhamdulillah skang semua da ok. take care!

mrs.spicy said...

huhu..kalau ramai-ramai asthma memang kecoh la=p

Byzura Mj (By) said...

az zharah? aku macam pernah pergi je..huhuhuhu sunyi gila