Pages

Monday, 22 March 2010

Restaurant Anis Puteri pantai dalam

kiteorang berdua ni memang tekak kelantan sejati. kalau kami dengar mana-mana kedai gulai kawah yang best, nasi kukus yang best wajib lah kami serang.

kali ni Anis Puteri pulak. pergi masa lunch. orang ya Allah ramainya. kedai ni dah besar dah. kerusi dah la rapat-rapat. orang penuh tak surut-surut.

yang menarik kedai ni dia pasang lagu kelantan jer memanjang.lalu keluar lah lagu 'aku memang pencinta wanita ' versi kelantan.

giler lah kedai ni kelantan habis. assabiyyah sungguh. (eh tiba-tiba mengutuk kaum sendiri). kalau tak lagu-lagu penyanyi kelantan, lagu dikir barat, tak boleh tahan sekali wayang kulit. bagi aku best lah sebab aku faham kan. hehehe. unik okeh!

kedai dia pulak korang boleh pilih nak dok dalam ekon ke nak dok luar jer. angin kipas. kiteorang dok luar jer. baru ade feel makan budu.

makanan

habis licin!

(tempoyak ngan budu tu aku makan sorang. licin!)

makanan adalah marvelous. harga adalah unbelievable~

murah giler sampai kami tak boleh nak teka berapa harga satu-satu makanan yang kami amik. puas hati! gulai kawah dia husben suka. aku takde perasaan sebab aku bukan peminat gulai kawah sangat. tapi ikan percik dia memang ala-ala beli kat kelantan dah.

agak-agak rindu ngan ayam or ikan percik datang la sini.

suka la dia kalau dapat makan makanan selera dia

suka la saya air saya sedap!

jarak dari ourCastle 10km jer. saya cakap kat suami.

'wah. nanti kalau wiken datang makan sini hari-hari lah'

dia balas,

'ok. nanti i cakap kat Ah Meng tayah renovate la dapo. bukan nak guna'

ngahahaha.

12 comments:

Dieyla said...

babe. katne eyh kedai ni? cube lukis peta sikit. haha~

Mrs. Amie said...

babe, u nie asyik tunjuk pasal makanan jer.. kata nak ajak i diet.. camna nih! semuanya menyelerakan... yummy ok!

mrs.spicy said...

dieyla:haha..dekat dengan stesen lrt ape ntah..tapi dekat pantai dalam la..cube u google..i bab2 jalan ni fail sket

amie; makan tetap makan. tapi kuantiti sedikit..ehehe..makan sekadar nak isi perut jer..hehehe

kadang2 terlebih tu tutp mata jer..hahahaha

PuteriKureKure said...

hahahaha!
ayat suami mu itu sungguh menusuk kalbu...

:)

mrs.spicy said...

dia suka bagi ayat-ayat menusuk kalbu ni

Anonymous said...

suke suki jer lrt. komuter pantai dalam la!

Madi @ Aed said...

my pleasure my dear..tolong jwb utk pesanan penaja..:p

mrs.spicy said...

bie: hehehe..olos..sama la tuh..train jugok=p

along;ahaha...nanti kite gayut lagi

zailamohamad said...

farah suruh sang suami dayet sedikit, perutnay makin menaiklah
ya ampuuun..jangan marah!!!
^___^

mrs.spicy said...

kak ila: hahahaha..setuju2..tapi die tengah diet skrg ni..shake jugak.hahahah

eynda said...

Baek punya ending cerita hehe...

mrs.spicy said...

eynda: ending menginsafkan..hahahah