Pages

Sunday, 7 March 2010

puding gula hangus/ caramel


bahan-bahan

setengah tin susu pekat (kalau tak suka manis letak kurang dari separuh)
satu tin air masak
5 biji telur saiz besar. (kalau kecik grade c,7 biji)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
garam (untuk rasa lemak jer, so letak la secubit. jangan masin pulak)

*semua bahan diatas di blend*

untuk gula hangus/ caramel

3 sudu gula pasir-cair kan dalam loyang

tip nak mendapat kan gula hangus/ caramel untuk puding gula hangus

1. paling penting: guna senduk kayu. jangan guna besi. dan masak dalam loyang anda nak kukus puding. wajib!
2. api kene perlahan-lahan jer biar semua gula cair pastu perlahan-lahan bertukar kaler.
3. bila kuning sikit-sikit tuh tutup api dan ratakan ke seluruh permukaan loyang.
4. caramel anda akan keras macam batu. tapi bagus lah. baru lah bercapur ngan puding nanti. bila kukus cair lah.

tunggu caramel tuh sejuk, tapis bahan-bahan di blend tadi. masuukan ke dalam loyang yang caramelnya sudah sejuk.

kukus selama 45-1 jam. dengan api didih perlahan-lahan.

jemput makan~

0 comments: