Pages

Tuesday, 30 March 2010

makin tak sihat jadinye

semalam lepas aku makan ubat, aku cakap kat blog lalok sambil terketar-ketar kan. tapi masih gagah mengadap blog.

lepas aku buat entry ke-3 mak dah tak tahan dah. rasa dunia dah terbalik dah. mak baring cepat-cepat.

tapi tak dapat nak tido sebab pening sangat. dalam kul3 bangun sebab muntah 2,3 kali. lepas tu baru lah lega. boleh tido ngan aman.

bangun pagi perut lapa giler (sebab muntah semalam keluar habis isi perut) tapi pening-pening lalat. husband dah pergi kerja. terpaksa lah gagahkan diri turun breakfast sambil jalan rasa melayang-layang tangan ketar-ketar macam parkinson dah. (naseb baek tak pengsan, dah la tak guna lift, turun tangga. sakit-sakit pon ade hati nak exercise)

makan rasa macam semua pahit. adakah aku dah demam? rasa kepala sendiri..sejuk jer.

naik terus makan ubat. (naik dah guna lift, tak larat dah nak naik guna tangga) aku tido sampai tengahari. bangun pon macam tak bangun sebab lemah semacam jer rasa badan.

call mak die cakap aku pregnant ke?

ayah tengah period mak. -__-" *ayah panggilan manja kalau kat rumah*

die cakap badan tak dapat terima ubat tu kot. dia suruh aku bacakan nama ubat tu kat dia. dia cakap ubat tu dah macam 2nd stage la baru boleh makan. aku kene makan ubat 1st stage dulu. kalau tak jalan baru makan ubat tu.

mak suruh aku stop makan ubat tu.

yeay!

ajaibnye seseme dan batuk terus yilek!

sekarang aku ade reason untuk tidak makan ubat lain kali bila sakit.

badan aku memang tak suka ubat~!

babai ubat batuk rasa macam bluekk!

*masa tgh menaip pon tangan terketar-ketar lagi ok. giler lah ubat ni!*

3 comments:

mamalieyna said...

takyah makan ubat lg, yeaa..hehe..:p

hope cepat baik ye farah! tgn terketar2 pun smpt menaip n3 ye..tegar giler ni..hehe..

eim said...

ubat tu tak sesuai ngan badan farahlah tukan..

moga kembali sihat..

Byzura Mj (By) said...

tak sihat pastu sempat lagi komen kat blog aku..shuhh shuhhh..pergi rehat!