Pages

Thursday, 25 March 2010

kiwi

sape suka kiwi?

jom jadi gang saya.

sapa suka makan buah kiwi tapi kedekut nak beli sebab mahal?

jom jadi gang saya jugak.

hehe.

aku suka kiwi. antara buah-buah yang kalau dimakan tidak cukup sebiji sekali makan. lepas makan sebiji makan sebiji lagi. pastu sebiji lagi. pastu sebiji lagi. tak sedar dah habis 4 biji rupanya. biasanya kalau saya beli, paling murah saya jumpa 4 biji harga 4 ringgit lebih. maknanya seringgit lebih lah sebiji. tu pon kadang-kadang jer jumpa. biasa 6 biji 8 ringgit lebih.
( aku memang suka kira harga ikut biji, selalu bawak calculator masa beli barang dapo, kalau harga lebih dari biasa sila jangan beli. beli lain kali. mesti ade time die murah. kedekut tak saya?)

*calculator tu aku tipu*

ke aku yang asyik jumpa yang mahal, korang selalu jumpa yang murah?

semalam kat giant mesra mall saya nak beli buah plum. buah kegemaran juga. tapi dia murah dari kiwi. boleh la dibeli selalu. hehe

tapi belek-belek jugak buah kiwi. sungguh mengujakan.

' bie, murah giler RM 7.56 sekilo'

'tipu lah. harga buah lain tuh.'

'betul.' *sambil tunjuk tanda harga*

kiwi murah

aku rasa mesti kiwi ni masam. sebab murah kan. aku belasah jer manis ke masam. tapi kalau manis mesti la lagi suka. suami kalau masam dia reject terus. nak yang manis-manis sahaja.

buah first

*sori nyah, mak tak dak pisau, kene la kopek macam makan pisang, pastu cedok guna sudu*

manis okeh. jangan pandang rendah kepada buah yang murah. yang ni bagi husband makan.

buah second

masam. hahaha. tapi takde lah masam sangat. beli buah mahal pon selalu kadang-kadang masam. yang ni mak kene makan. T_T

yang ke, 3,4,5 tayah la ambik gambar. takde kiwi kaler pink. semua sama. kesimpulannya 5 biji aku makan. 3 manis 2 masam.

mari berblog pasal benda yang ilmiah sikit. pasal khasiat buah kiwi ni. berita baik untuk penggemar kiwi yang di anggap 'super fruit'

  • Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet harian anda untuk kesihatan menyeluruh.
  • Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain.
  • Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

5 comments:

honeylanz said...

suka kiwi..byk manfaat nye kan

notty said...

aku paling suke buah naga..murah cket kuttt dari kiwi tu...walaweh..dpt mkn buah naga kluar dari petik..sejuk2..makan di waktu panas..adushhh..enak menusuk perutt...

buah kiwi..aku paling suke air/jus kiwi..buah tak pernah makan lagi weh..belanja aku magh sebijik..boleh?..

~LIZA~ said...

i pon suka kiwi, so jom jadi geng! :D

i selalu potong kiwi kecik2, then taburkan dlm bekas yoghurt. sedap!

nor said...

wah sama la kite...nor suke gaks kiwi, prun tu pn sedap klu ratah mentah2, kiwi best klu leh wat kek or pai nyum2

eynda said...

Suka...tapi kita boleh geng sebab akak pun kedekut haha...