Pages

Thursday, 11 March 2010

kerabu seafood


kerabu seafood

bahan-bahan

suhun 2 gulung
1/4 labu bawang besar(hiris)
1 ulas bawang putih(cincang)
1 biji tomato(potong dadu)
cili padi (ikut suka. saya letak 3. warna hijau)-hiris
cili besar merah (hiasan)
sos ikan
garam dan gula
7 biji limau kasturi

6 ekor udang (boleh campor mana-mana seafood)

cara-cara:

1. rebus udang yang sudah dikopek dengan air yang sedikit, letak sedikit garam. bila udang dah masak, keluarkan udang. keringkan sedikit air rebusan.
2. celur suhun sampai jernih
3. campor udang, air rebusan udang, suhun, bawang putih, bawang besar, tomato dan cili.
4. masukkan beberapa titis sos ikan, seimbang rasa dengan garam, gula dan limau kasturi


jemput makan~

0 comments: