Pages

Wednesday, 10 March 2010

kerabu jantung pisang

cubaan pertama ni! =)

kerabu jantung pisang

bahan-bahan:

semestinya lah jantung pisang~

1 (ape penjodoh bilangan untuk jantung pisang?) jantung pisang- jantung pisang di hiris dan direbus, lalu toskan

bahan tumbuk:
3 ekor ikan sardin (boleh guna ape-ape ikan pon. guna selayang sebab dia manis)-ikan di bakar tawar, asingkan isi nya sahaja
3/4 biji kelapa
-1/4 goreng tanpa minyak
-1/4 mentah
-1/4 perah santan
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu teh lada hitam
2 batang serai

bahan perisa:
asam limau
budu (takde pon takpe, kalau ade baru umpphh!)
garam dan gula


caranya:

1. tumbuk semua bahan tumbuk diatas, kecuali santan.
2. gaul dengan bahan perisa kecuali asam limau. kene seimbangkan rasa masin dan manis dengan menambah budu, garam dan gula.
3.bila dah sesedap rasa, campor sekali dengan jantung pisang. gaul lagi.
4. bila nak makan campur kan santan dan perahkan sedikit limau ikut citarasa.



jemput makan~

selamat mencuba =)

0 comments: