Pages

Thursday, 25 March 2010

buntu

semalam kiteorang dua-dua tak tahu nak makan kat mana. sebetulnya kami dah bosan dok makan kedai yang sama. tapi tak tahu kedai mana yang kat tepi-tepi jalan tuh yang mungkin best sebab semuanya tak menarik.

bab makan i suka kuantan lagi. pilihan luas terbentang.

kata suami,

'i kenyang hari ni. u decide mana nak makan'

'i ok jer mana-mana asalkan bukan roti tempayan or zara'

'ok. u kata nak makan beriani kfc tu. kita g kfc la.'

'pagi tadi i makan nasi minyak, takkan malam nak makan kfc.'

'mcd?'

'ok. bukan zara, bukan roti tempayan, bukan kfc, bukan mcd, bukan burger king' *nada hemo*

' pizza?' *kenapa asyik fastfood yang dicadangkan?*

'hurm..boleh dipertimbangkan. kita g jalan-jalan mesra mall la amik mood makan'

jumpa abrak, dia cadangkan nasi ayam. hurm..bukan mood nasi ayam walaupon nasi ayam macam menarik.

tawaf food court dua tiga round, masih jugak tak boleh decide nak makan ape. sebelum husband aku naik panas melayan aku, baik aku alihkan perhatian dia dari memilih makanan.

masuk guardian habiskan duit dengan beli benda mengarut. (tak pernah fail menghabiskan duit kat watson dan guardian) pastu masuk giant beli buah.

'u kata pizza boleh dipertimbangkan?'

'balik je lah hotel. kalau ade kedai menarik tepi jalan kita stop. kalo tak de kita makan kat zara la. tak pon tapau burger malaysia ni best jugak.'

on the way kiteorang balik ade satu restaurant yang jual burger malaysia. kedai tu sebenarnya sungguh tak menarik. kami berhenti sebab nak makan burger malaysia jer. mungkin rezeki kedai tu malam ni.

ingat nak tapau jer. tapi kami makan sebab husband mengidam air epal.

burger double special

order burger paling mahal kat kedai tu baru berbaloi-baloi usaha mencari makanan malam ni. paling mahal pon baru RM 3.60.

menang mengarut lah makanan aku semalam. burger + air halia susu bersoya. jangan la cirit hari ni.

dia tak lapar, tapi akhirnya dia makan half dari burger ni. haha

mak memang cepat kenyang. nafsu jer besar. naseb ah!

burger tu sedap lah. entah mimpi ape tiba-tiba hari ni terlintas burger malaysia. memang rezeki brother tu gamaknye.

aku tak suka lah makanan kedai sekarang ni. sekarang ni dah jadi masalah kiteorang kalau ke kedai tak tahu nak makan ape. last-last makan makanan merapu macam ni. ni yang buat aku rasa nak angkut dapo masuk hotel ni. kan best kalau husband aku nak dok Rumbia. boleh main masak-masak sebab situ ade dapor.

lama tak tempek gambar vain kan?

ni vain sambil pikir ' haih. nak makan ape ni? nak makan ape ni?'

resultnya, muka vain yang sungguh confuse.

6 comments:

Ezzah said...

mengiurkan ah burger tuh! kalo izah comfirm habis sebijik...no share share! ahahaah

~LIZA~ said...

sama ngan i, boleh jadi tak tentu arah kalau masuk guardian or watson's :D

eynda said...

Cantik tudung :-)

PuteriKureKure said...

muka vain tapi confuse. comel!!!

hazlina said...

farah..mik tag kat blog i..

goblogbyfarah said...

aiyooo..makan pun jadi prob kaaaa?