Pages

Thursday, 11 February 2010

sila google defination of maghfarah

Defination of maghfarah : maghfarah adalah mahluk allah (female) yang sangat suka kan benda-benda cantik, mengargai benda-benda cantik, dan selalu ingin berusaha untuk kearah itu. tetapi malang nya, sifat nya yang malas mengatasi segalanya.

contoh situasi: dulu dia suka tengok tutorial mekap kat youtube, sekarang suka menjengah blog-blog yang suka buat tutorial mekap. selalu menjenguk ke tempat jualan mekap, usha-usha, perasaan nak beli membara membuak-buak, tapi bila mengenangkan koleksi mekap sendiri yang ado, terpaksa batalkan hasrat. kerana biasanya dia akan expired selepas beberapa kali di gunakan.

penyelesaian: menanam hasrat untuk tidak keluar rumah dengan muka bogel lagi. bogel disini adalah tidak memakai sebarang jenis chemical untuk menutup kekusaman wajah.

jadi disuatu petang yang bosan, inilah hasilnya

pakai warna lembut-lembut ajor. bukan hijau atau oren. tapi light pink.

ye lah. ye lah. lepas ni tukar nama kat profile. Farah.Vain

tak berani la nak mekap tebal-tebal. takut jadi macam opera cina.

plus, tak pandai.

fatin, ajar akak ko neh~

ok. sudah siap dengan pakaian

sumber baju adalah kedai farah



bersedia untuk jalan-jalan

kemana kita?

PASAR MALAM!!

hanya 500m dari paka residence. jadinya jalan kaki sajor sambil exercise

ngahaha. mak tahu. kejadahnya mekap ke pasar malam. mak tak kira. lepas ni kalau keluar rumah buang sampah pon mak tak nak keluar rumah muka bogel. berjanji ngan diri sendiri. sila rajin menjaga penampilan diri.

hasil tangkapan:

hati goreng seringgit 3 ketul besar-besar kenyang giler kene habiskan sebab suami tak suka hati. perasaan kenyang lepas makan hati ni rasa macam tak nak makan hati setahun. tapi sangat yakin dengan diri sendiri lepas ni kalau ke pasar malam kalau nampak hati yang best komfem beli lagi.

nasi kerabu yang boleh tahan untuk suami. tapi suami cakap masih tak boleh lawan caiyo bistro. caiyo bistro ni kat sungai merab ye kawan-kawan.


ini adalah kuih bom

kuih bom versi terengganu kut. (kalau salah sila betul kan ye orang-orang terengganu)
kalau kat kelantan kuih bom ni inti kacang hijau pastu luaran disalut dengan bijan.

tapi yang ni takde salutan bijan kat luar dan inti kat dalam adalah sambal ikan. sedap weh! menyesal beli 5 bijik jer. terengganu ni semua pon nak ikan kan. dulu aku kenal karipap isi ikan masa aku kat MRSM. feveret jugak tuh. ah. semua yang isi ikan la aku suka. pulut panggang. oh. mengidam nye.

dan jelly kelapa yang rasa macam gam. kalau rasa macam beriani gam boleh jugak tahan. padan lah murah. -_-"


breakfast pagi tadi. aku tak shake lagi. kerana sebab-sebab tertentu dengan syarat-syarat tertentu.hehe. kalau nak cakap alasan sampai bila pon tak abis. alasan paling senang tak tahan temptation walaupon idok lah tempting sangat pon makanan berkenaan.

diet hari ke-7

pagi: rujuk diatas
tengahari: shake
petang: rujuk diatas
malam: shake

petang ni balik rumah. owh. i loike~

5 comments:

~ As ~ said...

apasal entry makan je ni...ahahaha..nak makan jugak aku ni...

mamalieyna said...

cantik baju..^_^

akak pun tak reti make-up tebal2..biasa kuar umah tuk jenjalan..just bedak ngn lipstik jer..tp suka sgt tgk org bermake-up..tpi tak reti nak make-up sendiri..huhu..

mek da ©™ said...

mek da ingatkan maghfarah tuh maksudnya mek farah..(slan mat salleh) hehheheh..jahil tolll...pernah terfikir tau ape magfarah tuhhh..

NurulAzriKhalisah said...

paung goreng kot nama kuih tu puan farah....

ina said...

eh eh nama saye pulak di situ..

hehe make up? aduhai..saye reti yang basic ajer..eyeliner, blusher, lip gloss..

itu jela yang setiap hari dipakai..

kalo eyeshadow ni memang jarang2 pakai..malas..huhu