Pages

Thursday, 25 February 2010

sanggup ke bermadu?

kawasan umah aku ni dilimpahi manusia duit tak habis nak pakai. korang akan rasa meroyan bila tengok seorang awek muka macam baru habis spm bawak kereta yang korang rasa sampai pencen pon rasanya tak mampu nak pakai. kecuali lah kalau tiba-tiba ada satu kapal terbang bawak duit tercicir satu guni duit lalu terjatuh di depan rumah kita. tu pon kalau rumah kita ade laman. kalau apartment kene share satu bangunan. dapat seratus sorang jer.

eh. jauh nya merapu.

kembali kepada tajuk.

aku dan suami selalu terserempak dengan beliau yang muda hot dan bermak-bapak kaya ni. lalu berlaku lah perbualan yang tidak membina di situ:

'kalau amik jadi awek ni best ni, dah la hot kaya pulak tuh'

'halah, bukan dia yang kaya. parents dia. baek you ngorat mak dia'

'mak season dah la'

'ala, kalau u ngorat datin-datin mesti senang dapat. derang kan kaya. suami buzy bekerja. pastu isteri-isteri mesti gersang.'

'hahaha.ye gak. u ok ke?'

' i ok jer. u mintak r murano sebijik. tapi kalau jalan-jalan u pakai r kereta datin tu. murano tuh i bawak. pastu bulan-bulan mintak la RM 10K. u bagi ke i 3 K pon takpe dah,'

*lepas tu dua-dua gelak setan. perbualan biasanya tamat. dah sampai umah dah*

tu adalah perbualan orang berlagak sebelum kene.

pernah di suatu pagi yang sunyi aku moody ngan husband. lepas buat karangan melalui message, (biasalah meluahkan peresaan) aku pon tido. takde mood perlu lah tido. lalu mimpi husband kawen lain.

owh. sampai sekarang masih ingat mimpi tu. dan mimpi tuh sangat lah real. dia kahwin ngan perempuan lain secara terpaksa. tak tahu seba ape. tak ingat.

tapi dia cakap dia sayang aku. dia kahwin ngan perempuan ni sebab terpaksa jer. but, cara dia pandang perempuan tu, aku tahu suami aku sayang dia. biasa dia pandang macam tu pandang aku jer. sekarang dah kene share!

sampai sekarang aku ingat pandangan tu. dan dalam mimpi tuh aku menangis.

ok. tu baru kene share pandangan. idok lagi bende lain. aku menangis meraung-raung dah.

sedar-sedar jer dari tidur basah dah bantal. nangis betul-betul.

pastu bangun terus mintak maaf. buat puding. ingat tak entry drama ni?

allah bagi amaran kut. jangan derhaka kat suami. lepas mimpi tuh aku dah tak buat perangai extreme yang bisa membuatkan suami hilang sabar. merajuk manja tuh selalu lah. kahwin tak gaduh tak best la kan!

kesimpulan nye. i tak sanggup lah. walaupon dapat payung emas kat syurga. i tak kuat.

9 comments:

Ezzah said...

sama la kita. tak sanggup rasanya berkongsi kasih. simpang malaikat 44. moga2 dijauhkan dari kita. amin. :)

mamalieyna said...

wuuu termimpi2 pulak...sadis nye mimpi gitu! tu la jgn derhaka len kali ngn suami..ekeke..so..belajar sesuatu dr mimpi! :p

akak pun takkan sanggup loor..!

mek da ©™ said...

mintak jauh laa..hmm

eynda said...

Rasanyer kebanyakan wife dapat mimpi hubby kawin lain kot...macam peringatan dari Allah....eynda pun pernah mimpi...banyak kali...ada gak yg eynda mimpi eynda kawin dgn org lain padahal suka kat hubby..isskk...tak sanggup la nak share hubby dgn org lain...

AiniNoraini said...

oooo...tak sanggup jugakkk...
penah jugak mimpi macam itu..
memang basah bantal...

tak relaaa...
-_-"

Mimi said...

Me too honey. Tak sanggup! Enuff said.

p/s - eh u utp batch biler?

Mrs. Amie said...

babe, i pun selalu ckp cmnie dgn my husband..hahahaha... tapi tak merujuk kepada pompuan kaya.. i kata bagi duit belanja kat qaira 2k sebulan, mommy dia nak 5k sebulan + rumah. pastu, nak kawin, kawinla... hahaha

tapi klu my husband nak kawin lain bebetul, siaplah. harus siapkan 1 plan apa perlu tindakan nak diambil jika dia kawin lain..mmmmm.. thinking ;)

goblogbyfarah said...

tak, tak sanggup!

mrs.spicy said...

ezzah,mamalieyna,mekda,eynda, ira, farah: hehehe...semestinya semua tak sanggup kecuali terpaksa.

amie: i pon selalu cakap macam tu. kalau nak kawen boleh. tapi duit tak leh share. i nak semua. hahaha

mimi: batch jan04. u pon utp kan? batch mana?