Pages

Wednesday, 24 February 2010

musim dia

kalau cuaca extreme adelah penyakit yang merebak. sekarang ni musim batuk ye? macam ramai jer batuk sekarang.

mak pon batuk sekarang dek non. dari minggu lepas lagi. tapi sekarang makin kronik sebab semalam masa jumpa zek , zek ter-belanja karok. jadi kami pon ter-karok.

mungkin ekon juga menambahkan lagi kekronikan. masa kat rumah walaupon panas peluh melekit bertahan jugak tak pasang ekon. sebab batuk. aku ni kalau batuk ataupon selesema, senang sangat nak diserang athma. kalau panas tak tahan sangat jer baru bukak ekon. tu pon 2, 3 jam jer. untuk sejukkan bilik. kul 2 komfem dah tutup balik.

kat sini tak boleh la. nak tak nak terpaksa lah. tapi sangat-sangat bersyukur. walaupon batuk sampai pedih saluran pernafasan, aku tak diserang athma lagi. tak nak athma. kalau sape selalu athma tahu la azab athma kan? rasa macam satu step lagi nak mati. nyawa dihujung tanduk orang kata. batuk sampai sakit belakang pon tak pe. jangan athma jer.

*memang aku sakit belakang sekarang ni, tak tahu lah sebab batuk ke sebab nak period*

last week, kalau time batuk sikit-sikit tuh, aku buat tea-mix suam-suam hilang ah batuk. semalam kul 3 tak boleh tido. suami buatkan tea-mix suam baru aku lega sikit. baru boleh tido. tu pon masih batuk sikit-sikit. bangun pagi pon minum tea-mix suam terus. hari ni kurang sikit batuk. petang tadi minum air jagung. gahaha. tak pantang langsung!

suami aku ajak g klinik mintak ubat batuk. aku tak nak. mana lah tahu kut-kut pregnant kan. bukan mengaharap ke apa. (walaupon yer mengharap). tapi mak nak jaga la jugak kan. nanti kalau esok lusa period aku g lah klinik amik ubat. tapi sekarang ni tayah la lagi. tunggu period.

aku risau la jugak. sebab dulu masa aku pregnant, dalam proses aku nak pregnant tu macam-macam ubat la jugak aku amik. ngan ubat seseme nye, ubat athma nye, antibiotic nye. maklum lah. mak ni orang german cakap 'nyakitey'. memang tak sia-sia ade ING. kalau tak miskin suami mak. asyik kene g klinik jer. so, aku takut ubat-ubat tu yang menyebab kan kecacatan kat baby aku. sebab tu dia tak dapat bertahan. T_T sebab nak kata aku lasak memang tak la. giler ape ko nak lasak-lasak masa pregnant. yang pastinya takde rezeki.

so, terpaksalah menahan batuk sampai period.

2 comments:

zailamohamad said...

take care, jangan lupa makan ubat ya

honeylanz said...

ni untung ada ING card kan ;)
smoga cepat sembuh..