Pages

Monday, 8 February 2010

kepala beralkali

dulu masa sebelum kawen aku tak rasa nak jaga rambut sangat. asalkan selesa dan bersih sudah.

lepas kawen ni barulah bagi perhatian sikit kat rambut. nak kene wangi. nak kene lembut. iyolah kan. kalau rambut bau kepam hilang nafsu suami mak.

tapi rambut ni mengada-ngada sungguh. makin dijaga makin banyak onarnya.

ingat tak masa aku merungut rambut aku gugur kat sini?

ade orang suggest guna shampoo ni

siap jadi member lagi

aku pon try la guna. memang berkesan shampoo ni. lagi pon masa ni aku dah potong rambut.tapi aku rasa berkesan sebab ada banyak anak rambut baru naik. tapi masalahnya, shampoo ni tak wangi. rambut bertukar jadi dawai. keras kejong. dan yang paling kronik kepala gatal giler. kelumumur bermaharajalela atas kepala. pagi shampoo petang dah gatal. takkan nak shampoo 2 kali sehari kut. melampau.

tapi guna jugak lah sementara dok keluar masuk watson dan guardian mengusha shampoo mana yang agak-agak berkesan. 2,3 kali aku survey lah konon nya. tapi tak dak hasil. last-last aku kirem jer kat husband suruh dia beli on the way balik rumah sebab dah tak tahan sangat kepala gatal.

jadi main sebut je jenama dan kaler sahaja. naseb baek betul. aku guna shampoo ni belajar dulu. masa ni takde masalah kepala. suka shampoo ni sebab bila guna rambut jadi lembik lembut.

tapi, sama jer kepala masih jugak gatal tapi rambut dah lembut. dan wangi. hehe. suami suke!

tapi waddehek kalau rambut lembut tapi asyik kusut masai jer sebab menggaru kepala. pakai tudung pon tak selesa.

so, aku mengambil keputusan untuk try amalan orang zaman dulu-dulu. mak aku memang suka limau nipis ni. walaupon dia guna shampoo, selang seli jugak ngan limau nipis ni gosok kat kulit kepala. sambil-sambil tu gosok la kat armpit (tiba-tiba rasa malu nak type ketiak.eh. dah type). untuk menghilangkan bau-bau yang ado.

lepas aku gosok limau ni, aku tak shampoo balik pon. bilas ngan air jer. wangi u rambut i. i suka. dan kepala tak gatal bertahan selama dua hari. lepas tu aku guna shampoo macam biasa. dah ok dah kepala aku sekarang. dah tak gatal. eh. gatal la kalau lama tak shampoo. maksud aku kepala boleh bertahan shampoo dua hari sekali.

lepas tu aku terpikir. beralkali sangat ke pala aku sampai kene neutralkan dengan asid?

ramuan semula jadi jugak yang terbaik!

watak utama

lepas aku gosok kat kulit kepal, aku gosok la jugak lebihan limau ni kat armpit. lepas mandi aku cabut bulu di area tersebut. (adeh. apesal aku blushing type enty ni ni?). terasa sungguh personal. pemalu rupanya aku. takpe lah nak share kan.

proses membersihan bulu itu ternyata lebih senang dari biasa. wah. secara tak sengaja terjumpa satu petua.


dah la. sebab saya sedang malu.

4 comments:

KV said...

oh, akak pun nak sental la. Kalo limau purut lg wangi. Adeh, kepala ku asek gatal2 jer.

Byzura Mj (By) said...

himalaya memang bagus..hihihihi

notty said...

betullah tu magh..petua gosok limau nipis kat kepala tu mak aku pun selalu buat kat aku..sejak ada kat kampung ni..seminggu sekali tau aku sental kulit kepala ngn limau nipis..ehe..mmg diakui pedih mase menyental..tp lepas tu..mmg tak gatal2 kulit kepala..kepala pun rasa ringannnnnn...

ederq said...

kalau letak limau kat ketiak tak payah pakai deodorant dah. ketiak wangii. haha