Pages

Tuesday, 23 February 2010

bihun goreng kicap ala jawa



bukan nak bagi resepi. tapi kalau nak resepi pergi la ke dapor ai. hehe

ade cerita disebalik mihun goreng ni.

masa hari first nak buat tahlil masa arwah nenek suami meninggal, kiteorang tak tempah makanan. sebab tak sempat. jadinya, masak-masak kat rumah jer. benda yang senang mesti lah bihun goreng. ye dok?

aku sangat suka bihun yang warna putih tuh. bihun singapore ye orang panggil? tapi tak reti nak buat. aku suruh la makcik-mak cik ni buat kan. boleh la aku belajar.

tapi dieorang cakap, bihun goreng kicap lagi best. sama jer nak buat dengan bihun singapore. tapi tambah kicap jer.

maka beraksilah 2 orang emak saudara suami, aku dan suami sebagai tukang kacau. maklumlah. buat banyak memerlukan tenaga lelaki. mak cik-mak cik aku tukang campak-campak bahan. aku tukang sibuk.

ke dua-dua orang mak cik suami aku ni nikah dengan orang jawa johor. dieorang cakap ni masakan orang jawa. tapi stended lah kan, walaupon dua-dua nikah dengan orang jawa, tapi setiap orang masak cara lain-lain. dua-dua mencurahkan ilmu kat aku. masa buat macam senang. tapi bila nak buat sendiri kat umah dah pening nak ikut yang mana satu.

so, ini adalah versi aku. gahahah


bihun goreng kicap ala-ala jawa versi kelantan gamoknye

ikut jer semua resepi. tapinya aku tak letak kucai dan taugeh. (orang terengganu panggil ccamboh orang kelatey panggil togey).tapi tambah kubis.

aku pernah terbaca kat mana entah. daun kucai ni mengaktifkan sel cancer. sejak itu seboleh mungkin aku elakkan. tapi kalau makan kat kedai makan ajor. cuma tak beli untuk masakan sendiri.

ni bukan nasik goreng jawa. ni nasi goreng kicap hitam legam rupa tak menyelerakan tapi rasa kene tanya suami aku. mesti lah dia cakap sedap. kata suka kicap.

nasik goreng kicap tuh terbaik ah bagi aku masa zaman kanak-kanak. tapi kalau awoh yang masakkan la. nak lagi best guna kangkung. jangan guna kubis. takde lauk pon tak pe. yang penting ikan bilis dan cili kering. kadang-kadang ikan bilis pon tak letak. kalau terkene cili kering terlebih pedas tu nasib ah. berasap telinga. tapi baru la syiokk~!

hurm..rindunya zaman kanak-kanak. zaman boleh makan nasi goreng 2,3 pinggan. nasi goreng macam ni biasanya awoh goreng malam. bila dia malas nak masak lauk bila lauk makan tengahari dah habis. bagi aku ni lah nasik goreng terbaik.

dih? along dih? we dih? abe cik dih? mi dih?

3 comments:

mamalieyna said...

hoho..bihun kaler itam..en suami suka la kicap2 ni, akak kureng sket..lebih suka bihun kaler putih! hehe..

goblogbyfarah said...

saya suka meehon singapore, dan nasi goreng kicap!

mek da ©™ said...

sedak jgk dih goreng gini..yumyum