Pages

Friday, 15 January 2010

tangkap muat

aku tak pernah tahu bila waktu sebenar rancangan ni. tapi kalau tertengok tuh aku tengok lah. kadang-kadang tengok dengan husband boleh jadi bahan gelak-gelak. sebab kadang-kadang diaorang makeover ni kadang-kadang menjadi kadang-kadang makin buruk pulak aku tengok. kadang-kadang lelaki tulen jadi macam bafuk.

dua-tiga hari lepas aku tengok. tengahari. so aku tengok sorang-sorang. aku dah cari video nak tempek kat sini, tapi tak jumpa.seorang suami calon kan isteri sendiri. suami dia cakap isteri dia ni rupa dah macam bibik dah sekarang. aku terpikir dalam hati. agak-agak lah pak cik. kalau nak mengutuk pon jangan lah sampai cakap isteri sendiri macam bibik. walaupon betul kan.

dia juga cakap isteri ni sangat mementingkan anak-anak. biasalah, mak-mak memang macam ni kan. sangat susah nak belikan barang untuk diri sendiri. walaupon suami dia nak belikan. suami pernah belikan baju. tapi dia tak pernah pakai.

bila sarimah terjah rumah mak cik ni, menangis dia. dia cakap suami dia tak sayangkan dia. tak pernah jalan pimpin tangan dia. tak pernah puji dia cantik.

sambil-sambil tengok transformasi mak cik ni, otak aku ligat jer berpikir. macam mana la mak cik ni bertahan. sampai ade anak 5 dah. aku bukan lah bandingkan dengan perkahwinan kami yang setahun jagung ni. masih dalam mood honeymoon lagi. tentunya semuanya manis-manis belaka. tapi kalau boleh sampai tua pon aku nak kiteorang mood honeymoon. kalau boleh lah.

tapi aku sedih kalu dapat suami macam tuh. giler aku akan mengalami kemurungan dan mungkin akan masuk wad jiwa beberapa tahun kemudian.

salah ke seorang suami memuji seorang isteri. biarlah dia tak cantik dan tak seksi pon. mesti ade part yang cantik kat setiap orang pompuan ni. kalau lah takde sangat pon tempat yang cantik, buat-buat la puji cakap mata isteri korang cantik. aku rasa bila suami puji, boleh meningkatkan tahap keyakinan terhadap diri sendiri. ni cakap macam bibik. mak nangis kalau mak kene. dah la aku dah beranakkan 5 orang anak untuk kau. senang-senang jer cakap aku macam bibik.

bab pegang tangan no komen lah kan. kalau anak dah 5 mana lah boleh nak pegang tangan suami isteri. mesti kiri kanan kene pegang anak kan? tapi kalau ade peluang tuh ape salah nye pegang tangan isteri kan. amboi dulu masa belum kawen semua bende ko nak pegang, bila dah sah tuh pegang tangan pon tak mahu?

and lagi satu kalau dah isteri macam sayang duit sangat nak beli barang untuk diri sendiri ape salahnye suami belikan. ini sampai bedak muka pon ihsan dari jiran tetangga. ape kes kan? pastu kalau belikan baju kat isteri agak-agak la kan. kalau isteri tu jenis yang low profile, jangan lah ko belikan baju kaler merah, pastu jarang dan siap bling-bling lagi. memang dia tak pakai lah kan.

dan yang paling penting sekali bagi aku, suami ni orang yang paling dekat ngan isteri aku rase. kalau kita nak isteri kita cantik or jaga penampilan sikit ape salah nye kita tegur kan. tegur secara berhemah la. jangan la main hentam sajer. nanti sentap pulak si isteri tuh. ade nanti kene tidor sorang-sorang 2 bulan kang.

dan bagi aku lah, kalau calonkan isteri kat tangkap muat pastu cakap isteri macam bibik adalah melampau. lain lah kalau dia cakap nak ubah penampilan isteri supaya kelihatan 'lebih' cantik ke..ok lah sikit. walaupon sama, tapi berlapik la sikit.

si isteri pulak kenapa biarkan diri sampai tahap macam tu sekali. tahu lah kita sangat buzy kat umah melayan 5 orang nak. tapi jangan lah sampai mengabaikan diri kan. jaga la sikit. suami tengok pon tak lalu nanti.

ape yang paling penting bagi aku, adalah keyakinan diri. sebab takde keyakinan diri lah kita dok cakap suami tak sayang kita kan. takde keyakinan diri jugak boleh membawa pelbagai masalah dalaman. boleh membawa kepada kemurungan.

jaga lah badan. bukan nak suruh cantik macam model-modelan. tapi biarlah sedap mata memandang. jangan la gemuk sampai nak cari saiz baju kat kedai pon tak boleh. semua takde saiz. macam mane nak bergaya kan? so end up pakai tshirt suami yang saiz tripleXL, seluar kaler hijau pas. tudung kaler hijau pucuk pisang. camane suami tak cakap macam bibik?

pastu wangi-wangikan lah badan. kalau boleh dari hujung kaki sampai hujung rambut. beli lah scrub buang daki-daki hitam kat badan. cantas la hutan-hutan bulu kat badan. heh. tak kan nak ajar kan. tu semua orang tahu.

pastu pasal bilik tidur tu tak yah cerita lah. mesti semua orang tahu kan. kekalkan kehangatan macam mula-mula kawen. heh susah kan. ko baru kawen boleh la nak berbual pung pang pung pang. cuba tengok bila ko dah ade anak 5 nanti. boleh tak kau nak berbual pung pang pung pang macam sekarang?

tapi aku rasa, setiap orang kene banyakkan membaca. kalau sayang duit or malas sangat nak membaca pon baca lah mingguan wanita kadang-kadang. kalau belek-belek banyak tips yang dia bagi. kalau tak nak ikut semua pon ikut sikit-sikit dah ok kut. kalau rajen beli lah semua majalah yang ade kat kedai.hehe.

ini bukan untuk mengutuk,untuk ingatan di hari tua. aku? insyaallah..akan kekalkan prestasi. ngahaha..

5 comments:

Ezzah said...

amboi2 pajang lebar tul farah membebel..ehehehehe...

tp izah setuju dgn pandangan farah tuh! :)

Hani said...

mende ni maghhhhhhh

haha. ngepek pung pang pung pang haha

mamalieyna said...

hehe...mmg kengkadang tertengok gk rancangan ni..ada yg ok la transform, ada yg..haish...lg tak lawa..suami ada gk ckp..eh lepas transform lg tak lawa..huhu..

pandangan yg baik tuk dikongsi bersama ^_^

Farah said...

hahaha akak pon layan gak tangkap muat tu...memang bes tgk org makeover ni..haa tapi yela ade ke panggil bini bibik tak patut tul.

tp as wife pon kite takkan la sampai laki nak panggil kite bibik baru nak berubah kan..cepat2 sedar dan buat perubahan.

mrs.spicy said...

izah:membebel ni memang hobby=p

z: i puahhhh

mamalieyna: tu lah
ape la derang ni..make ove makin xcantek

farah: setuju!=)