Pages

Wednesday, 20 January 2010

SOHO seafood

kita mulakan hari kita dengan entry pasal makan. semalam sampai jer dari kerteh masing-masing perut lapar. dan jangan harap lah penat-penat macam ni nak masak kan.*penat buat ape maghfarah?* jadi kami ke kedai makan berdekatan untuk mencari makanan.

semalam kedai pilihan kami adalah SOHO seafood.

ni makanan pilihan kami. Tomyam Perahu Pecah.

menu kat kedai ni memang menarik. kiteorang gelak-gelak baca menu*apehal la pasangan suami isteri ni, baca menu pon nak gelak*

antara yang paling menarik adalah IKAN MASAK JANDA PECAH DADA!

memang tak hingat dia punya nama. sebab nama macam menarik ade la seseorang tu tanya waitress,

"dik, ikan janda pecah DARA ni caner?"

malu i -_-"




ni la tomyam perahu pecah. makan 3 orang pon boleh ni. sangat banyak..

dalam tomyam ni ade ketam, udang galah, ikan, lala, cendawan pulak die guna shiitake. i loike~

muka stim boleh makan makanan enak

kasi tunjuk dekat-dekat

ok. zoom lagi

husband i suka la kan. kalau dah ade udang. udang la die serang dulu

suami: perlu ke u buat muke gini?
isteri: perlu, kalau orang korea buat muka camni cute
suami: hurm..sebab u bukan korean so mungkin tak cute sangat la

isteri: ala. u sama jer. buat muke cam ni jugak

ini hantu udang

tomyam ni kiteorang bagi 4.5 bintang dalam kategori tomyam merah. kalau tom yam putih memang tak leh lawan vichuda. korang pernah try tak kat vichuda damansara? torrbaik~

tapi tomyam SOHO ni kurang pedas sikit. tapi takpe. lada dalam tu berlambak-lambak. korang gigit lada tuh pedas la. aku terkunyah lada. hilang deria rasa sekejap.

tapi memang sedap la tom yam dia. dah lama tak jumpa tom yam macam ni. so sekarang kalau nak cari tom yam merah kiteorang cari kat SOHO. dah la dekat ngan umah.

semangkuk RM 16. tapi kire ok lah. sebab udang pon die guna udang galah. siap ade telur lagi. ade ketam. lala. ikan pon ikan tenggiri. dan yang paling penting shiitake~~

aku hirup kuah dia sampai ke titisan terakhir. aku suruh husband amik gambar dia tak nak. dia cakap memalukan kaum jer hirup kuah sampai habis.

tapi i tak rase malu ponggg. sebab sedap~ mesti vangga tukang masak ade customer macam i.

tipu ah hirup semua kuah. ade semangkuk kecik lagi tak habes kuah. i dah tak larat nak hirup. perut dah macam pregnant 7 bulan.



air laici kang ni terpaksa ditapau kerana tuan dia memang dah tak larat nak menerima sebarang jenis cecair.

tempat die pon ok la. siap ade wi-fi free lagi. banyak lagi food ade kat sini. ade satey, tauhu bakar, segala jenis sup.

tapi dari segi lokasi mak tak dapek nak nolong. dekat jer nga umah mak. tapi mak google tadi rupenye kat bandar baru bangi. mak ingat kan kat kajang lagi. idok ler mak tahu sempadan kajang ni kat mano.

selamat mencobaa~

note tambahan, mak makan nasi tu eksyen jer lebih. makan 1/4 ajor nasi. lobih2 bagi suami. dia gemuk tak po. mak tak cari lain. kang mak gemuk die sibuk cari lain.

sebab makan nasi sikit?

pagi nye mak dah melahap nasi lomak ikan tongkol kat kerteh ngan azhani and lin. dah la sebelum tu dah breakfast. pastu lunch makan lagi kat mesra mall. kelaut~


aku rasa macam jalan-jalan cari makan pulak

6 comments:

goblogbyfarah said...

makan je kejenya!!!

mek da ©™ said...

masuk jek blog mu nih aku jd lapa..eeeee

Mimy Hamid said...

soho ni kat mont kiara kannn??

mamalieyna said...

weeeh mmg tak hengatnye tajuk menu..haish..leh lak terpikior letak menu cenggitu..malu nak order! :p

mrs.spicy said...

farah: hidup untuk makan=p

shida: hehe..meh menjamu mata di blog i~

mimi: aku rase dia banyak cawangan la. sebab pernah jugak tengok kedai ni kat tempat lain.

mamalieyna: kiteorang xmalu. siap tanya menu paling kontroversi lagi...haha

nana nadirah said...

lps ni leh buat mechanical away day kt c2.. suh abe mu buat proposal kt boss.. hehehe..