Pages

Thursday, 31 December 2009

tempat jatuh lagi dikenang

ini kan pulak tempat beronggeng.

semangat aku nak ke ipoh memang besar. tapi semangat tido lagi besar. lagi-lagi bila malam sebelum tu aku tanya tuan driver mahu bertolak kul berape dia jawab bertolak bila semua siap. tak perlu rushing-rushing. ini percutian untuk rilek sahaja. oleh itu dengan senang hatinya perempuan jelita ni bangun kul 10 pagi sedangkan packing nya belum. oleh yang demikian kul 2 baru bertolak.ngaha~


dah la lambat, en.suami yang handsome bergaya tak nak pakai baju yang aku pilih pulak. dengan handsome nya dia berkata,

'kate sedondon. mane sedondon kalau u pakai baju hitam i pakai baju hijau'

suami ku sayang.i kene pakai baju hitam sebab i dah gemok sedondong tak semestinya perlu pakai baju sama kaler. sedondon maknanya bila nampak kena dimata i. untuk kes ini tudung i dah hijau. so dah matching la ngan baju u. ngerti?


atau pon mahu lebih sedondon, i pakai misai supaya sama dengan misai u. eh. misai i lagi macho la tapi.

kenapa kita selaku penduduk kajang harus pergi makan satey kajang kat sungai buluh bie? kenapa bie? kenape bie?

nah. jamu mata dengan aksi aku. semoga ape yang korang makan breakfast tadi tidak keluar balik.

jangan mengggunakan phone ketika memandu orang kata. orang kata.

dah kata pon bertolak lambat kan. destinasi yang kami tuju pon terhad la. masa terhad.

antara ipoh parade ngan jj. dulu aku lagi suka jj. parade banyak mat rempit. rimas. hoho. giler kau datang jauh-jauh pergi jj. takde kerja ke dikau?bukan nya nak shopping. macam la kl tak cukup jj je aku nak pergi kan. nak mengimbau kenangan lama orang kata!

harus la pergi ke tempat dating zaman muda-muda.

rindukah kawan-kawan kat tempat dibawah. sighboard je la tapi. tu pon tak clear. kenangan berjimba-jimbaan. berronggeng-ronggengan.

gambar ni i snap khas untuk korang. hahaha. sampai je sini rindu semua orang weh. cepat buat gathering kumpul semua orang. sekarang!

kat sini la kita menghabiskan masa dulu. setiap minggu.setiap bulan. setiap tahun.5tahun!

kalau generasi lama panggil tempat ni kc. suami aku generasi lama. aku pulak generasi baru. harusla panggil tempat ni jj.

kami berjalan-jalan jer dalam jj ni sambil recall balik kenangan lama. nostalgia ipoh. sampai la jumpa big apple, pujuk en.suami beli donut lebih dr 15 hengget sebab nak kalendar yang comel itu. huhu. kami makan sorang satu jer. yang lebih bagi sepupu aku.

yeay, calendar 2010 i mengiurkan~

sementara tunggu dinner pergi round bandar ipoh pulak. en.suami tunjuk tempat nostalgia dia pulak.

tempat lepak hujung minggu, tempat makan best, tempat usha awek, tempat kacau bapok malam-malam, dan yang paling best tempat skodeng orang romen.ngahaha~

malam barulah pergi makan nasi goreng udang tabur pujaan hati kami. udang dia sangat la banyak giler nak mati. nasi habis udang masih berlambak. kedai ni kat BSN kalau tak silap. saiz udang bergantung kepada ke-lucky-an korang. ade masa kecik-kecik. ade masa sederhana. harga murang banget. RM 6.50!

kami suka makanan murah dan sedap. hak hak.



ni amik ngan kemre phone

hari ni kami banyak share cerita lama. aku dan kawan-kawan aku. dia dan kawan-kawan dia. banyak cerita yang aku tak tahu keluar hari ni. suka. suka. jalan-jalan pegang tangan tempat yang dulu-dulu kita pergi masa bercinta best kan?
rasa macam kembali ke zaman bercinta.

tapi tadi hati tersentap sekejap. jumpa ngan sorang budak batch aku. dia sambung master mungkin. tak pon saja jalan-jalan ipoh. aku tak baik pon ngan dia. aku senyum. dia tak balas dan siap buat muka. apehal kau~

ape salah nya senyum. kalu senyum muka tak cantik pon jadi cantik. boleh buat exercise muka. supaya muka kekal muda bila dimamah usia. haih. manusia.

tapi takpe. aku perempuan bahagia hari ni. nak senyum jer. tido pon senyum jer.

penang, saya datang~

7 comments:

mek da ©™ said...

sedaknyo la tgk nasik tuhhh..byk ude..eeeee

mamalieyna said...

bestnyer jln2 imbau kenangan lalu.. ^_^

Mimy Hamid said...

muka ko ngan laki ko sama la...mmg jodoh kann

Hani said...

tapau ah ke i nasi goreng udang tu plis plis

zailamohamad said...

cantik misai!! akak punya dah hilang ntah ke mana dah

AiniNoraini said...

oittt...sungguh byk udanggg...
jelesss...
ku mahu.....

mrs.spicy said...

shahida: huhu..ni makanan paling dirindui kat ipoh

mamalieyna: kan..walaupon xde la lama sangat..hahaha

mimy:eeeee..mak suke~

z:hahaha..lucu! jom g ipowh~

kak zaila:tibe2 jumpe dalam kete..haha

ira:meme banyok pong..tapi dop besar sangat udang dio..