Pages

Wednesday, 9 December 2009

lauk daging paprik


daging untuk 2 orang makan
3 ulas bawang putih hiris
1 cm halia dihiris
1 labu bawang besar bersaiz kecik
1 ruas serai diketuk
2 helai dau limau purut (paling penting, kalau tak tak rasa paprik)
sos tiram 3 sudu
sos cili 2 sudu.
sos tomato 1 sudu untuk rasa masam kalau suka tak suka tak yah letak
carrot
kacang buncis
3 biji cili api di ketuk
garam dan gula secukup rasa

cara-cara

1. masukkan daging dalam kuali, guna api yang kecik untuk keringkan air daging, bila dah agak kering, ketepikan.
2. tumis bawang dengan halia, bila nak naik bau, masukkan daging dan semua sos. sos boleh tambah ikut selera masing masing. if nak merah lebihkan sos cili.
3. tambah kan air, masukkan serai, daun limau purut, cili api, sayur mayur dan bawangbesar.
4. tambah garam dan gula jika perlu

senangkan? huhu. ni feveret en.suami. kalau saya masak suka lebihkan sayur tu. dan biasanya dah tak payah tambah garam dan gula. letak air ikut selera jugak.kalau nak cair letak la air banyak sket. kalau tak nak pedas tak perlu tambah cili api.

resepi yang sangat senang.

selamat mencuba~

0 comments: