Pages

Thursday, 10 December 2009

Apa salahku apa salah ibuku

bukan wali band yang jadi watak utama dalan entri ni. dalam entri ni watak utama adalah ibu-ibu ku. ibunda i nama sapinah. MIL i nama maznah. dua-dua orang panggil Nah, kak nah. cik nah. nama panggilan je sama. perangai lain terus. saiz badan apatah lagi. haha.

pandangan derang terhadap i pon lain kut.

maghfarah di kaca mata ibunda

1. anak yang penuh emosi. apa yang dia nak harus lah dituruti. keras hati suka memberontak tapi lembut hati budak neh.

2. sangat sensitif. suka menangis budak neh.

3. suka memasak budak ni.

4. kanak-kanak ribena lagi. masih lagi main mercun. and masih jalan meloncat-loncat.

5. garang ngan adik. suka perintah-perintah. tapi baik hati sangat jaga and sayang adik-adik. (puji diri sendiri.hoho)

6. anak yang rock-rock ronggeng. dia risau saya tak behave umah MIL

maghfarah di kaca mata MIL

1. budak yang kalau disuruh akan cakap 'ya'. 'ok'. tak akan membantah. tak ade emosi?

2. budak yang tak tunjuk emosi. (tapi raya hari tu dah hancur imej i)

3. pernah masak dua kali jer kat umah ni, daging goreng bodoh ngan hati goreng bodoh. eh. buat puding jugak dua kali. yang lain tukang tengok jer. and kalau rasa nak makan lagi suka bodek bibik.

4. tak dela tunjuk sangat diri masih lagi berjiwa kanak-kanak. tapi sangat suka bermain ngan sepupu kecik yang datang rumah tu. yang baya adik-adik dia. rindu rumah ye?

5. tak garang pon ngan adik-adik ipar (mestilah) . tak perintah-perintah pon (mestilah!)

6. masih lagi kekal dengan imej sopan santun.

dengan kata lain, maghfarah umah sendiri ngan umah mertua ni lain. mestila kan. takkan la nak tunjuk perangai buruk pulek. laen la kalau mak sendiri yang dah biasa dengan perangai buruk kita sejak kecil lagi.

bukan berlakon. tapi perangai memang berubah la kan kalau bukan dengan orang yang kita tak biasa. ke korang terus jadi diri sendiri?

tapi kalau dah lama-la mungkin perangai akan kelihatan. ngahaha.masa tuh maghfarah akan menakluki dunia. MUAAHAHAHAH!!

jaga-jaga kalau maghfarah dah bertukar jadi raksaksa. dia tak kisah kamu siapa

sekian rapuan hari ini

0 comments: