Pages

Thursday, 12 November 2009

pesan mak

i miss my mom *sob*sob* air mata dan hingus meleleh

hari ni birthday dia. tidak perlu la saya wish di sini. dia komfem tak baca

saya boleh describe ibunda yang saya kenal dari dulu lagi sejak saya kecil

1. penyayang
2. lemah lembut
3. skema
4. jimat
5. sembelit
6. overweight

ngahaha..keji tak describe mak sendiri macam tu?meh saya huraikan dengan lebih panjang

1. penyayang-hoihhh..mak mana yang tak sayang anak weh!

2. lemah lembut- dua-dua anak dara ibunda tak mewarisi kelembutan dia. tapi die cakap masa muda dia kasar. i mewarisi kut. dulu i bajet ganas sekarang i bajet ayu. euwww~

3. skema- malas nak hurai keskema-an dia ni. walaupon ayahanda saya cikgu, (cikgu memang terkenal dengan skema kan?) tapi ibunda lagi skema.so, memang family saya skema. sebab tu la saya skema*ehem*

tapi ibunda selalu pesan, kalau kerja jangan menipu, jangan mengelat nanti duit tak berkat. ibunda tak pernah balik awal masa kerja walaupon dia tahu jam kat hospital tu lewat 10 minit. dia pon tak pernah mengular masa kerja. dia cakap kawan sekerja dia keluar g bank la, post ofis la masa keje. tak bagus, masa kerja kene kerja. amanah. nanti duit tak berkat.

sungguh skema.

mungkin sebab ni la walaupon parents saya dua-dua orang gomen, (dulu gaji gomen tak tinggi) tapi duit tak pernah putus macam orang zaman sekarang. abis bulan abis duit.

4. jimat.

mak saya tak pakai barangan berjenama. walaupon dia mampu. nasihat dia pada saya bulan lepas bila seorang daripada makcik saudara saya yang keje gomen beli handbag beribu (berhutang)yang bagi dia mahal.

'kalau asyik kejar jenama sampai bila pon tak de duit'

mak saya jimat. tapi kalau pasal anak-anak dia komfem belikan saja. untuk diri sendiri je dia berjimat. dia tak pernah kata 'tidak' kalau anak mintak.

tapi saya kagum dengan parents saya. sebab masa saya nak kawen dulu, renovate rumah belanja kenduri kawen tak berhutang pon. semua duit simpanan. baru-baru ni ayanda beli tanah yang ada anak sungai. juga tak berhutang. terer betul simpan duit. kagum betul. mungkin ni dinamakan duit berkat.

5. sembelit. saya mewarisi semua benda mak saya, penyakit, darah, perangai. muka jer copypaste muka ayahanda. sembelit yang i ada dulu pon amik ngan dia la. dia dari muda sembelit. sebab tu family kami di ajar makan buah dari kecil. masa muda-muda dulu kalau sehari tak makan buah, sembelit la ibunda saya. tua-tua ni makan buah pon tak jalan. kene makan ubat.julat eh nama die?

tapi..sekarang tidak lagi..kami berdua tidak perlukan ubat sembelit lagi. berak normal dengan herbalife (ayark suka cakap pasal berak dalam blog. i nak buat entri khas pasal berak lepas ni)terima kasih herbalife..hehe..bangga i boleh buat mak i tak sembelit tau =8D

6. overweight. biasalah kalau dah beranak 6 dan dah berumur.... tapikan seingat saya dia tak pernah kurus. tengok dia kurus dalam gambar muda-muda jer. cantik jugek. hehe dia gigih turun kan berat sekarang ni. bukan sebab nak cantik katanya. supaya senang nak buat ibadat. last saya timbang dia hari tu dia dah turun 5kg!!

wah.wah..ok lah untuk dia yang susah gila nak turun. nak naik senang..=D

pesan mak yang laen selain dua di atas

-semayang hajat malam jumaat elok la buat
-lepas semayang baca la ayat 1000 dinar (sampai sekarang tak buat)
-bangun la malam-malam semayang sunat (tak pernah buat walaupon selau bercita-cita nak bangun, bila bangun tutup alarm tido balik)
-walaupon buzy sangat bia lah semayang subuh, maghrib dan isyak berjemaah dengan keluarga. (sebab saya tak kerja, saya boleh la buat yang ni)
-walaupon suami mampu tanggung, perempuan kene ada pendapatan sendiri. kita tak tahu masa depan. simpanan mesti kene ada. (dalam usaha la ni mak.hehe)
-masak jangan pakai ajinamoto (haha..dia paling pantang!)

dan banyak lagi yang tak mampu di save dalam memori. kerana masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ni adalah pesanan yang di replay setiap kali jumpa.

saya sayang mak saya.saya rindu mak saya. rindu masa bujang bila ingat family camni.

5 comments:

zailamohamad said...

itulah kan..Zaila pon heran ngan orang tua kita..walaupon gaji siconit tapi masih mampu membesarkan anak2 yang ramai..kita yang bergaji dua conit, nk bg sket kat mak pon pk 2,3 kali (tu akak lah) tapi apa2 hal, akak pon sayang mak akak;)

goblogbyfarah said...

happy birthday untuk mak awak..

mrs.spicy said...

huhu..epi bday mok..teringat plak cite katun atashinchi..cite psl mak yg suke berjimat..:p

Fathiyah said...

happy bday to mak awak.yg ke berapa nih?;)

mrs.spicy said...

kak zaila: tu lah..tapi kita dok kl kos hidup tinggi..haha..alasan ;p

farah: hehe.tq

along: u pon..nak komen log out la dulu hok i neh..apo lah

fathi: yang ke 52~