Pages

Monday, 16 November 2009

masak-masak

dah lama tak pergi outstation(ceh..macam aku je yang keje).kalau dok kat umah lame-lame rase teratur jer hidup. sehat jer perut. huhu. sebab kita tahu ape yang kita makan. misi saya sekarang mengajar en. suami makan pelbagai jenis lauk. dulu kalau g pasar udang, sotong,udang, sotong,udang,sotong, lala, daging, udang , sotong balik. makanan yang tinggi kolestrol nya. dah la kalau outstation kedai seafood yang dicari. dan saya pulak ada keturunan penyakit gaot. makanan yang tinggi iodin ni haruslah dikurangkan.



en.suami pulak jenis yang tak makan ayam. ayam kampung jer dia makan. kat pasar ade je jual ayam kampung, tapi kami berdua tak pandai pilih. hari tu kami terbeli ayam pencen, kalau nak masak kene rebus berejam baru lembut. lepas tu dah tak beli dah.



cara masak juga i nak ajar dia makan pelbagai jenis cara masak. sebelum ni lepas goreng, tumis pedas, masak kicap, celup tepung, masak lemak. itulah makanan yang dia suka. suami i ni simple jer kalau bab-bab makan ni. sampai i tensyen! simple sangat tak mencabar kewanitaan langsung. sampai hari tu kami gaduh kat pasar malam sebab dia tak setuju dengan menu yang i suggestkan. dia nak kekalkan dengan menu biasa(goreng-goreng lah!).



dan sebagai penyelesaian kami makan menu baru selit-selit dengan menu lama. betul jugak. perubahan tak boleh nak drastik kan. slow-slow orang kata.



31/10/2009: akur dengan permintaan en.suami. masak ayam kicap.ni feveret dia. kalau dapat makan ikan masak kicap, nasi bertambah-tambah. makan dengan sayur sawi goreng.



ayam masak kicap





sayur sawi goreng malas.hehe



1/11/2009: pagi kami shake mcam biasa, petang pulak keluar pergi mid valley pergi beli i punya 'anak ikan' yang hensem ;p. en. suami ajak makan domino. dah lama giler kami tak makan fast food. tapi saya tak nak sebab teringin makan laksa kat jusco tuh. sedap! walaupon prestasi menurun. dulu-dulu banyak ikan berketul-ketul. sekarang susah nak jumpa ikan dalam kuah. tapi tetap mak suka!



pengat ubi



nasi lemak ngan rendang tok? -_-"



laksa i pon apa kurang nya. minyak yang buat dia best tuh. haha!



2/11/2009: pasar malam. hehehe. hari untuk suri rumah tangga berehat dari memasak kerana beli food kat pasar jer. en. suami makan bubur nasi ngan sup tulang. i makan bihun sup.



3/11/2009: main masak-masak lagi. hari ni masak ikan kukus campak-campak ngan sayur campur.


ikan yang belum dikukus



ikan sedang di kukus



ikan kukussayur goreng campur ke, sayur campur goreng? =P



menu minum petang, tauhu sumbat yang tak disumbat



5/11/2009: menu yang paling simple dan paling puas hati. makan nasi sampai bertambah ! dan budu yang dibeli berbulan-bulan sudah akhirnya di buka. ikan bakar tawar, sayur bayam, ngan budu.



nikmat giler kamu tahu makan macam ni!



6/11/2009: en. suami ke kuantan. miting. tapi balik terus. ingat dia dah kenyang.jadi isterinya yang mithali ni senang-senang jer goyang kaki. siap g makan ngan satay kajang ngan along. owh..iklan selingan,



satay kajang kat bangi dah campo kulit ayam kat satey dia. wtf!


ok. kembali kepada cerita, sekali bila en.suami sudah sampai airport dia tanya,



'u masak ape hari ni?'



'ayamak! i tak masak. ingat u dah makan'



'takpelah nanti i tapau jer'



' ala, jangan la..i masak la simple-simple' <<


'ok, u masak spaghetti dah la'



hoyyeah..masak sambil joget-joget. tiada gambar untuk hari ini.



7/11/2009: kami berdua tak keluar. berendek-rendek di rumah sahaja. hari ni kelantan lawan n9. kami meramalkan jem teruk. malas kami nak keluar.



menu tengahari : tom yam sotong ( tak guna perencah u ol~) , sotong goreng tepung (tepung bancuh sendiri guna resepi bibik u ol~) ok. sudah-sudah la belagak .telur dadar, ngan sayur sawi goreng ikan masin. ikan guna ikan kurau. sedap guna ikan ni. dulu-dulu guna terbuk masin. tapi guna ikan kurau lagi sedap.



malam nya, kerana semangat kekelantanan kami, kami makan budu lagi! ikan bakar tawar, makan ulam-ulam cicah budu. sehat giler menu. tapi sekali en.suami request telur dadar. rosak menu sehat



makanan tengahari kami



makanan malamtelur dadar si perosak majlis



8/11/2009: malas nak cerita. hanya gambar boleh menerangkan apa dosa kami terhadap badan sendiri. takpe lah jarang-jarang (ayat penyedap hati mesti ada)







T_T at least saya masih ada brokoli yang sihat itu.



9/11/2009 masak ikan masak kicap lagi. dengan sayur kailan ikan masin. ulam cicah budu. wuhh~



ada setitik budu di atas pinggan saya =p



10/11/2009 seperti biasa. hari pasar malam adalah public holiday. en.suami yang kenyang hanya nak makan yang tou fu.





makan depan tv =P



11/11/2009 masak paprik daging, kangkung goreng kicap, ngan telur dadar.







seksi tak paprik i?



kangkung ni kalau letak cili lagi banyak lagi best. umpphh lah!



12/11/2009 masak sup daging dengan kerabu ikan bilis dan telur dadar lagi. hahaha. nak habis kan stok telur yang dah dibeli sejak bulan puasa. tu pon ade lagi dalam peti.





13/11/2009 singgam daging dengan kailan ikan masin.



petai tu i jer makan.



best tau masak-masak untuk en.suami walaupon yang senang-senang. tengok dia makan sampai licin puas hati!

3 comments:

zailamohamad said...

Mak aih, panjangnya entri masakan ini..Best kan kalo tak bekerja!! Akak dulu masa mula2 kahwin pun macam tu juga, hari2 masak untuk sang suami..tapi masa tu tak pandai masak sangat..seb baik si dia boleh telan aje;P

goblogbyfarah said...

ok what suami simple2.
senang tak yah masak susah2..
nak senang bakar je ikan pastu buat air asam.perghhhh bertambah2 nasi!


kenapa saya tgk ayam masak kicap tu ikan masak kicap ye?saya rabun atau awak silap?hehe..

mrs.spicy said...

kak zaila: haha..saya masak pon bukan sedap sangat mcm kedai pon..tapi saya paksa die telan
=p

farah..keh keh..kalau menulis malam-malam ini macam la

=p