Pages

Thursday, 2 July 2009

kosong

baby,mama dah bukan wanita pregnant. mama wanita yang bawak baby yang dah tak bernyawa sejak 2 minggu lepas dalam rahim. kalau kamu masih tak nak keluar by esok, esok mama kene g cek lagi dan buat tindakan seterusnya. tolong la keluar dengan normal baby. supaya mama tak sakit sangat

mama keliru.kalau kamu dah takde dengupan jantung sepatutnya dua minggu lepas kenape last week kamu gerak2 lagi?kenape doctor tu cakap kamu ok jer?

faris/farisya.name simple yang kami pilih untuk kamu. tak ade rezeki nak tengok kamu besar. mungkin ada sebab.

doctor cakap bukan sebab bende mama buat ataupon bukan sebab benda yang mama tak buat.bukan sebab bende mama makan ataupon sebab benda yang mama tak makan.doctor cakap mungkin kamu ade kecacatan yang menyebabkan kamu tak mampu bertahan untuk membesar. mungkin ada hikmah disebalik kejadian. mungkin mungkin mungkin
ayat tu memang mama dah biasa dengar. dan memang bende yang selalu mama takut.

semalam mama tak leh tido.tak saba nak tunggu pagi. tunggu papa kamu bawa mama gi check up tempat laen.dan mengharap doctor tu salah. mama nak kamu hidup. semalam mama teringat balik ayat-ayat perbualan mama dan papa masa kami happy bila tahu kamu ada dalam perut mama.ayat ni macam di record. di rewind dan di play. berulang-ulang

'u rase baby ni laki ke perempuan'
'taktau lah, tapi i rase baby ni pompuan.sebab i nak baby laki. biasanya i tak dapat ape yang i nak.'

mama nak kamu membesar dan jadi bayi yang sihat.takpelah.mama happy sekurang-kurang nya mama ade peluang untuk rasa pengalaman mengandungkan kamu. kamu baby yang baek. tak pernah bagi mama masalah. mama tiada alahan pon. mungkin kamu tahu kamu tak lama. kamu nak pengalaman baek je letak kat mama.pengalaman mengandungkan kamu sangat bermakna.

semalam mama sedih. papa sangat sedih. mama sedih sebab papa sedih. tapi hari ni mama macam dah boleh terima untuk lepaskan kamu. dah takdir kita kan baby.

darah macam keluar banyak sikit petang ni.mungkin kamu dah bersedia nak berpisah ngan mama.mama dan papa sayang kamu. sangat-sangat

3 comments:

botolbiru said...

magh, sedih okee bace kamu nye post kali nih. i feel so sad.
seyesly i wish he/she could be alive too.harap kamu and abg ja oke.saye tahu kamu boleh menerima nye.me and others too boleh menerima nye jugak. tp!!

post ini sgt sedih.i could feel goosebumps while reading it.

Husna said...

magh.

everything happens for its own reason.

Dia lagi Maha Mengetahui :)

xoxo

Insya Allah lawat ko esok :)

goblogbyfarah said...

ya Allah, saya tak tau nak cakap ape. nasib kita sama.

it happens for a reason, only Allah knows.

jaga diri dan sila berpantang ya, semoga cepat sembuh :)