Pages

Monday, 29 June 2009

pendarahan...

first bleeding yang berjaya dikesan masa hari khamis lepas, pagi di hotel lin, sedikit terkejut. tapi tak risau sangat sebab pernah baca buku.light bleeding memang berlaku during first trimester. lagipon darah sangat sedikit. call en. suami, dia ajak ke klinik, tapi saya tidak mahu kerana darah sangat sedikit dan saya pasti takde pape.kalau sampai petang masih bleeding kami akan ke klinik.jadi hari itu aktiviti berjalan lancar dan saya sangat active.tiada pendarahan sampai malam, so kami tidak ke klinik.

jumaat pon tiada bleeding.jumaat hari tidak aktiv.kerana penat semalam masih belum hilang.jadi saya tido dan tengok tv sepanjang ari.kerja rumah sedikit terabai, hanya menyapu dan memasak untuk encik suami.

pada keesokan harinya, hari sabtu. ade sedikit.saya sudah sedikit cuak.call ibunda.ibunda kate normal.tapi banyak kan berehat.dan jangan buat kerja berat.kalau berdarah lagi pergi la klinik. kami mengikut arahan.tidak kemana-mana.berehat-rehat saja di rumah. banyak aktiviti wiken ni sebenarnya.terpaksa dibatalkan.tapi darah tu sedikit sahaja dan dah tak keluar sampai malam.sangat bersyukur.tidur dengan aman.

tapi pagi tadi ade lagi...takut sampai menangis. terus bersiap ke klinik berdekatan. doctor cakap banyak kan berehat.jangan buat keja rumah yang berat.dan kalau ade lagi bleeding haruslah membuat pemeriksaan lanjut.(saya tak mop lantai pon sejak pregnant)semua kerja berat en.suami yang buat.saya pon tak tahu nak berehat macam mana lagi.adakah terlebih berehat boleh menyebabkan bleeding?

wajah monyok bertukar jadi ceria bila jumpa baby F untuk kali pertamanya.sakit perut doctor tekan perut sebab baby F sangat kecik dan perut mama sangat tebal lemak nya.


hello, saya baby F~

tak clear eh? memang xnampak sangat pon. sebab baby sangat kecik lagi. dan baby ni kedudukan dia mengiring.jadi kita tengok baby dari pandangan belakang.nampak kepala, tulang belakang ngan pelvik sahaja. yang nampak macam gelap satu lingkungan tu baby punya kantung. nampak kawasan paling gelap kat kiri tu kepala baby. dan badan dia melintang ke kanan.baby dah ade movement. tapi mama still tak rasa. kamu sangat kecik.36.86mm sahaja.mama sepatut dah boleh lihat tangan dan kaki kamu. tapi tak nampak.kamu mengiring.malu ye?dari saiz kamu, kamu mungkin dah 10 minggu 6 hari.EDD pon dah berubah, dah 19 januari 2009.sungguh seronak dapat jumpa kamu baby. nanti dua minggu lagi kita jumpa lagi ek.cepat la baby membesar.senang sikit mama n papa nak tengok.

mama harap lepas ni dah takde bleeding dah. maafkan mama sebab tak hati-hati sangat. baby bertahan lah.mama sangat sayang kamu.mama rasa sangat special bila ada kamu.

doakan saya dan baby F selamat ya

5 comments:

Hani said...

hye baby F,

ni aunty Z.

(ps: muahhhhhhhhhhhhhh!)

AiniNoraini said...

mama baby F..jge diri ye...jge baby F elok2...
nnt salu la update psl baby..
ramai aunties nk tgk n tau psl baby F....:)

mrs.spicy said...

hye aunty Z!

huhuhu..tq aunty ira

mrs.spicy said...

hye aunty Z!

huhuhu..tq aunty ira

botolbiru said...

alaaa
aunty H pon xmo kalah.
xsbr nk jumpe baby F nih
hehehe