Pages

Tuesday, 17 February 2009

masak-masak

tiada apa yang berlaku semenjak dua menjak ini..hanyalah perkara rutin seorang bibik dan juge driver.izinkan saya menempek ape yang saya makan dan saya maen masak-masak di dapor.









kite mulakan dengan PULUT DURIAN

pulut ini ditanak biasa dimakan dengan santan yang dimasak dengan garam.untuk rasa manis boleh tambah gula melaka atau pon gula.durian di sponser oleh bakal datuk mertua..heheh




seterusnya AYAM BAKAR DENGAN REMPAH SATEY


bahan-bahan yang diperlukan

1/2 ekor ayam

1 sudu kecik ketumbar

1 sudu kecik jintan manis

1 sudu kecik jintan puteh

4 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

seinci halia
seinci lengkuas

3 batang serai
3 susu kecil serbuk kunyit

blend semua bahan diatas.tambah madu,gula dan garam secukup rasa.perap ayam seketika


seterusnya AYAM GORENG BEREMPAH 1st time buat

bahan-bahan yang diperlukan

1/2 ekor ayam
1 sudu kecik ketumbar
1 sudu kecik jintan manis
1 sudu kecik jintan puteh
seinci halia
seinci lengkuas
4 ulas bawang puteh
2 ulas bawang merah
4 sudu kecil serbuk kari
1sudu besar tepung gandum

bahan diatas kecuali gandum diblend, lumur pada ayam, tabah garam gula dan tepung gandum, diperap dan digoreng dengan minyak yang banyak



seterusnya lagi IKAN PERCIK juge 1st time buat
6 ekor ikan kembung
2 cawan santan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang puteh
sedikit halia
4 batang serai
blend santan dengan rempah ratus, masak diatasa sampai pekat.tambah garam dan gula..saya suka percik ni rasa manis, jadi saya lebihkan gula. semasa membakar ikan, letak sedikit santan yang dimasak ini pada ikan. lebih tu di curah ke atas ikan selepas masak.





ini adalah CENCARU SUMBAT yang entah berapa kali buat
bahan yang diperlukan
3 ekor ikan cencaru
4 biji cili kering
1 biji cili padi
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 batang serai
sedikit asam jawa
garam dan gula secukup rasa

tumbuk semua rempah, sumbat ikan cencaru uang di belah dua, lalu digoreng




dan akhir sekali KARI TERUNG yang juga di buat untuk entah kali ke berapa


bahan-bahan nya

4 ulas bawang merah (dihiris)

5 ulas bawang puteh (dihiris)
2 bili cili kering (di tumbuk)


tumis bahan diatas dengan rempah menumis, dan daun kari.setelah wangi masukkan sepeket kecik rempah kari yang dibancuh dengan air..tumis sehingga pecah minyak

selepas itu masukkan se kg terung(potong ikut selere anda), biarkan empuk sedikit, masukkkan asam jawa, 3 cawan santan santan,garam dan gula.

/me mengumumkan lagi 23 hari ke hari itu!

9 comments:

Anonymous said...

pandai jugak kamu main masak2 yer

mrs.spicy said...

huhuhu..sape2 pon pandai kalau stakat maen2

Anonymous said...

kamu masak sgt sedap ye?kamu rajin x bersihkan balik lpas kamu masak?hehe.

Hani said...

abeja, tu keje zac.

ZAC XSUKE MASAK TAPI DIA AKAN KEMAS.

ps: jejaka kaya, suke gadis gemok suke mengemas tak? hahaha

Anonymous said...

a ah..aku pnah dngo ko curik ciliboh org kn..kan kan kan??hihi..wat goreng bihun..kan kan?hehe..i know wut u did last summer...eh last sem..hehe..

mrs.spicy said...

huhuhu..ciliboh tu sudah di ganti balik ye..

mrs.spicy said...

zac,anon ke 3 dan 5 itu bukan buah hati jantung manis saya lor.. tgk ayat dah tau lor..

nor said...

farah wat rempah bbq mmg sdp, teringat lg time kita wat gath chennel klate dlu, mmg behh

mrs.spicy said...

huhuhu..rempah bodo2 je nor